Pages

Monday, April 5, 2010

IES-Q Umar Abd Aziz.....siri 1

siri 1.



1. Faktor keturunan ( genetik ) , suasana dan didikan agama sewaktu kecil

a. Umar Abdul Aziz adalah cicit kepada Khalifah Umar Al Khattab ( menurut maksud sabda Nabi SAW di mana sekiranya ada Nabi lagi selepas baginda, orangnya ialah Umar Al Khatab yang berperibadi tegas seperti Nabi Musa AS ).

b. Kisah bermula dari seorang gadis yang membantu keluarganya memerah susu kambing untuk dijual. Pada suatu malam menjelang subuh, perbualan gadis ini bersama ibunya didengari oleh Saidina Umar Al Khattab iaitu perbualan mengenai mencampurkan air ke dalam susu kambing. Kisah popular ini adalah gambaran keimanan yang tinggi seorang gadis desa. Merasai kehadiran Allah di mana sahaja!

c. Lalu Umar AlKhattab meminang gadis itu yang bernama Fatimah untuk anaknya bernama Ashim iaitu adik kepada Abdullah yang merupakan ahli hadis. Doa Umar AlKhattab yang masyhur iaitu hajatnya agar akan lahir dari keturunannya seorang pemimpin yang akan memimpin manusia ke jalan Allah.

d. Dari rahim Fatimah, wanita solehah ini lahirlah zuriat yang bernama Laila

e. Walaupun Saidina Umar sudah meninggal, di mana doanya mula termakbul apabila cucunya Laila ini berkahwin dengan lelaki soleh berketurunan bangsawan, iaitu anak kepada Khalifah Marwan yang merupakan khalifah ke 4 dari bani Umaiyyah.

f. Lelaki itu bernama Abdul Aziz bin Marwan yang berbeza watak dari adik beradik lelakinya yang lain yang lebih mengejar habuan dunia. Ada riwayat menyebut, Marwan sudah lama berhajat untuk menjodohkan salah seorang anaknya dengan cucu Umar Al Khattab ini yang juga ingin dilamar oleh beberapa orang lain.

g. Dari pasangan yang soleh dan solehah ini yang menetap di Madinah lahirlah anak yang di namakan Umar, bersempena dengan nama moyangnya, Umar AlKhattab. Abd Aziz sengaja mengajak Laila tinggal di Madinah agar berjauhan dari keluarganya yang tinggal di Damsyik, demi menjauhi kemewahan hidup. Begitulah mustajab doa Saidina Umar ini, cicitnya yang bakal merubah dunia juga sama nama dengan beliau.

h. Abang sulung Abdul Aziz iaitu Abdul Malik menjadi Khalifah selepas kematian bapa mereka, Khalifah Marwan. Abdul Aziz pula kerap menjadi penasihat. Oleh kerana kezuhudan dan kebijaksanan Abdul Aziz, beliau di lantik menjadi gabenor di Mesir oleh Abdul Malik.

i. Ketika itu keadaan belum tenteram, Abdul Aziz tidak membawa keluarganya berpindah ke Mesir. Bapa saudara isterinya, iaitu Abdullah bin Umar mengambil alih amanah untuk menjaga keluarganya dan mendidik anak sulungnya, Umar.( tiada riwayat tentang Ashim,adik Abdulah dan datuk kepada Umar- ada yang berpendapat Ashim sudah meninggal dunia)

j. Di sinilah bermulanya episod pentaybiyahan langsung yang di terima oleh Umar melalui ulamak hadis iaitu datuk saudaranya sendiri, Abdullah bin Umar.

k. Abdullah pernah berkata, “ Orang ramai mengatakan bentuk badan dan wajah aku ini sangat menyerupai bapaku, dan aku pula melihat cucu saudara aku ini ( Umar), wajahnya mirip bapa aku itu”

l. Abdullah terus di beri amanah mendidik Umar walaupun setelah beberapa ketika Umar tinggal di Mesir. Umar sendiri yang beriya-iya untuk terus menetap di Madinah untuk lebih mendalami ilmu agama dari ulamak-ulamak yang ramai di masjid Nabi. Demi ilmu, beliau berpisah jauh dari ibu dan bapanya di bumi Mesir.

m. Di bawah jagaan Abdullah, Umar menguasai banyak hadis dan belajar dengan dari alim yang lain. Bapanya selalu mengirimkan wang perbelanjaan, dan diriwayatkan Umar ialah antara pelajar yang lebih bergaya penampilannya dan suka memakai minyak wangi. ( ada riwayat mengatakan Khalifah Abdul Malik sendiri yang membiayai anak saudaranya itu). Sebagai anak muda belia, penampilan diri lebih di utamakan, namun ke tawadukkan dan ketegasan datuk saudaranya amat memberi kesan kepadanya.

n. Umar sering menangis apabila balik dari pengajian, dan apabila di tanya adakah beliau rindu teringatkan ibu bapanya? Sebaliknya Umar menjawab yang beliau takutkan azab neraka dan rindukan syurga sepertimana yang beliau pelajari di masjid Nabawi. Pada usia 15 tahun, Umar sudah hafal Al Qura’n.

o. Umar yang masih berusia belasan tahun, dan pernah beberapa kali di beri penghargaan untuk menjadi Imam di Masjid Nabi. Seorang sahabat Nabi yang masih hidup iaitu Anas bin Malik yang menziarahi Madinah berkata,” Belum pernah aku menjadi makmum dan mendapati imam yang cara solat dan bacaannya sama seperti Rasululah SAW, sepertimana imam ini”. ( maksudnya Umar Abd Aziz)

p. Abdullah bin Umar memanggil Umar sebagai panggilan anak, sepertimana Rasulullah dengan dua cucu baginda, Hasan dan Husin. Keakraban datuk dan cucu ini menenggelamkan status sebenar bahawa si Umar yang merupakan anak kepada Gabenor Mesir dan anak saudara kepada Khalifah Abd Malik.

q. Ayahnya walaupun sibuk di Mesir, tetapi sentiasa mengikuti perkembangan anaknya. Pernah gurunya mengadu bahawa Umar kadang-kadang terlewat memasuki kelas pengajian dengan memberi alasan lewat bersiap dan menyisir rambut, lalu diarahkannya supaya Umar membotakkan terus kepalanya.


Ulasan IESQ : akan datang.....( isi utama: genetik dari tulang sulbi yang soleh dan solehah, didikan secara langsung secara syumul dan persekitaran yang membentuk saksiah)
semoga IESQ Umar AbdAziz ini akan menjadi sebuah buku.
************************************************************************************
sambungan siri 2.


2. Pada usia muda sudah zuhud, pendakwah berhemah dan memimpin.


a. Menjelang usia 20 tahun, dengan berat hati Abdullah bin Umar yang sudah menganggap cucu saudaranya ini sebagai anaknya sendiri melepaskannya untuk ke Mesir. Malah ada riwayat menyebut bahawa beliau sudah terdetik di dalam hati, bahwa Umar inilah dari keturunan bapanya yang bakal memimpin dunia Islam suatu masa nanti dan beliau mahu Umar sentiasa di sampingnya.
b. Ketika beberapa ketika di Mesir, Umar memberi komen akan gaya hidup agak selesa ibu-ayahnya, namun hatinya terubat apabila rakyat Mesir sentiasa memuji-muji peribadi dan pentadbiran ayahnya.
c. Abd Malik memujuk adiknya, Abd Aziz agar membenarkan Umar datang ke tempat pemerintahnnya iaitu di Damsyik ( Syiria) dengan alasan untuk memberikan jawatan kepada Umar.
d. Sekitar usia 22 tahun, Umar ke Damsyik atas pemintaan bapa saudaranya, dan beliau terkejut apabila beliau bukan diberikan jawatan, tetapi menurut Abdul Malik memikul amanah dengan menjadi seorang suami. Khalifah Abdul Malik, menawarkan anaknya, yang juga sepupu Umar yang bernama Fatimah sebagai isterinya.


e.

f.

g.
i
j ................. ( bersambung)