Pages

Monday, October 4, 2010

Bukan Ramadani, tetapi Rabbani

Hari ini, Isnin, 26 syawal. Mungkin semalam dan sabtu lepas merupakan minggu terakhir majlis rumah terbuka raya puasa. Rumah terbuka ini adalah satu fenomena baru sejak awal 1990an di kalangan umat Islam di Malaysia ini, ( sepertimana fenomena berlaga pipi selepas bersalaman terutama di kalangan kaum hawa). Ianya satu pemandangan yang mempunyai kebaikan dan keburukannya.
1. Acara makan-minum adalah untuk bersilaturahim, namun pembaziran atau terselit niat mahu menunjuk-nunjuk boleh dilihat dengan mata kasar. Di samping mungkin terselit niat untuk menayangkan perabut atau langsir baru di dalam rumah.
2. MOOD raya yang berminggu-minggu ini, bukan sahaja beri kesan prestasi dan malas berkerja di pejabat, MALAH LEBIH KETARA di surau dan masjid-masjid. Kebanyakan surau dan masjid masih lagi CUTI dari mengadakan kelas pengajian maghrib dan subuh, kerana jika diaakan juga, tidak akan mendapat sambutan. Sebagai contoh, pada sabtu lepas, di adakan pengajian bulanan FIQH WANITA di surau AnNur, Springhill ini, HANYA dihadiri oleh 6 orang SAHAJA, berbanding sebelumnya melebihi 30 orang.
3. Ketika bulan puasa, meriahnya suasana di surau/masjid, tetapi sebaik habis puasa dan sehingga sekarang ini, jemaah surau/masjid ( khasnya SUBUH) lesu dan terus susut. Apakah ada ciri-ciri MUNAFIK dalam diri orang yang hanya bersungguh ketika bulan Ramadhan? ADa yang aktif berjemaah tarawih, kini hilang terus dari pandangan.
4. Inilah yang dimaksudkan INSAN RAMADANI, iaitu yang bersungguh beramal ketika Ramadan dan TIDAK menjadi INSAN RABBANI yang sentiasa dekat dengan Rabb di luar bulan Ramadan.
5. Unggkapan rasa sedih dengan perginya Ramadan hanya mainan bibir atau mungkin tidak ada apa-apa perasaan atau cuma sebentar sahaja.

6. Persoalanya, sampai bila suasana Ramadani akan berlaku di dalam masyarakat kita dan 'mood raya' selama sebulan ini yang mana tidak pernah berlaku di kalangan orang Arab dan orang Melayu zaman dahulu??