Pages

Wednesday, October 6, 2010

Imbasan-Pelancaran buku dan Hari Keluarga

1. Terima kasih kepada En Abd Rahman Mt Dali, Penasihat I-Medik, Timb Presiden ISMA juga CEO Hospital Azzahrah, Bangi ( juga sifu saya dalam dakwah- mengenali beliau sejak 1983) kerana sudi melancarkan dua buah buku tulisan saya dan isteri pada 22 Ramadhan lepas :-


. PsikoSeksual Remaja Wanita
. PsikoSeksual Remaja Lelaki
( Dari Persektif Biologi Dan Islam)



2. Perjumpaan AidilFitri keluarga sebelah emak saya ( Hjh Kalthum Hj Md Noh) yang mempunyai 4 adik beradik. Perkumpulan yang dihadiri oleh dari anak sulung datuk saya ( Pak Long Hj Alias)sehingga ke 9 orang oneng-oneng. Kehadiran sekitar 200 orang, di kampung kelahiran saya, Kampung Simat, Johol, N.Sembilan. Saya menjadi pengarah program ini, merangkap sebagai setiausaha kepada keluarga Hj Md Noh dan Hjh Aminah ( KALAM). Ianya networking keluarga dan peluang untuk networking dakwah.