Pages

Tuesday, September 18, 2007

Sepatutnya Berpuasa Dua Bulan, Bukan Sebulan!!


Pernahkah anda membaca artikel yang ditulis oleh pakar-pakar pemakanan yang bukan Islam ( seperti contoh diatas) yang mana menurutnya antara kaedah melambatkan proses penuaan ialah dengan berpuasa, malah ada yang mencadangkan berpuasa sepanjang hari dan boleh mengambil air kosong sahaja dan ini diamalkan oleh sesetengah pengamal diet. Malah ada artikel menyebut, berpuasa dalam sehari boleh memanjangkan usia selama 10 hari!! Untuk rujukan sila masuk mana-mana engine ( yahoo / google) dan taipkah perkataan seperti 'fasting and healthy, fasting and anti aging. fasting and healing, fasting and physiology dan lain-lain, anda akan menemui banyak artikel dan kajian yang dibuat tentang berpuasa.

Perut kita tidak ubah seperti mesin, bezanya mesin biasa akan berkerja bila ada bahan untuk diproses, tetapi perut akan tetap berkerja walaupun tiada makanan yang akan diproses. Jika perut kosong pun, dia tetap berkerja. Rasanya tidak perlu dihuraikan apakah jenis enzim dan jus-jus rembesan dari dalam mulut, dalam perut, dalam usus kecil, besar sehinggalah ke anus.

Kajian menunjukan pada kebiasaannya perut aktif berkerja selama lebih dari 14 jam dalam sehari ( 98 jam seminggu) Dan SEPATUTNYA MASA YANG AFDAL UNTUK PERUT AKTIF BERKERJA IALAH SELAMA 8 JAM ( 56 jam seminggu)

Maka sesiapa yang perutnya sentiasa penuh sehingga memaksa berkerja selama 14 jam tadi, bermakna perutnya over time ( OT) selama kira-kira 6 jam dalam sehari!!

Dari mana kiraan 14 jam ini? Apabila perut yang penuh dengan makanan 'berat' seperti karbohidrat, lemak, protin contohnya makan tengahari dan malam atau yang sarapan paginya berat juga, perut akan berkerja selama 4 jam untuk menghadamkan sepenuhya nutriet tadi.

Dari kiraan di atas, 14 jam sehari = 98 jam seminggu, sedangkan masa terbaik ialah 56 jam seminggu:

maka over time perut dalam seminggu ialah 98-56jam = 42 jam

Jika 42jam lebihan masanya, ini bermakna dalam seminggu perut kita terlebih kerja dalam 1.75 hari atau 80 hari dalam setahun

MAKA DISINILAH CANTIK DAN HEBATNYA ISLAM SANGAT MENGGALAKAN UMATNYA BERPUASA SEHARI ATAU DUA HARI DALAM SEMINGGU. IAITU pada hari Isnin atau/dan hari Khamis. Perut akan direhatkan dari aktif berkerja seperti hari-hari lain.

Bagi mereka yang tidak pernah atau amat-amat jarang berpuasa sunat , inilah yang penulis maksudkan sepatutnya anda berpuasa terus dua bulan bagi menggantikan overtime yang terlebih tadi!!!

Bukan sahaja perut terkejut 'besar' bila tiba-tiba dalam tempuh sebelas bulan sebelum ini yang sentiasa penuh dengan makanan, malah sistem fisiologi badan yang lain juga akan terkejut. Itulah sebabnya ada orang yang beberapa hari kemudian malah sehingga dua minggu berpuasa masih dirasai kejutan ini. Bagi penulis ini sudah 'kes menganaiya' perut!!

Kalaulah orang-orang kafir dan pengamal diet yang lain sanggup berpuasa demi mendapat manafaat kesihatan, mengapa kita masih menunggu ramadhan juga untuk berpuasa, padahal kitalah yang suka mengingati orang lain akan 'madarasah' dan bulan tarbiah ini. Habis ramadhan, ada yang lupa terus puasa enam, lupa puasa sunat Isnin atau Khamis. Sekalung tahniah kepada mereka yang sudah mewajibkan diri berpuasa sunat Isnin atau/dan Khamis sepanjang tahun dan berpuasa sunat pada hari-hari tertentu. Ingatlah pelbagai nikmat dunia sudah dikecapi, adakah semudah itu kita akan dapat menikmati nikmat syurga Allah, jika kita mencari redhaNya secara ala kadar sahaja!!