Alhamdulillah setelah 9 bulan menunggu, akhirnya TAMRIN ( pertubuhan perunding latihan dan motivator muslim) telah diluluskan. Dan pada 27 november yang lalu AGM pertama telah diadakan. Dr Tengku Ahmad Asmadi telah dilantik menjadi presiden pertama, manakala dua penasihat tetap TAMRIN iaitu Dato' Dr Fadillah Kamsah dan Ust Muhammad El Muhamady. Saya pula diamanahkan sebagai ketua biro kebajikan serta pengerusi perhubungan untuk N.Sembilan. Bagi saya, penceramah, pembimbing, trainer, motivator yang berlatar belakang pendidikan agama dan bukan agama yang melibatkan diri dalam menyampaikan Islam secara komtemporari dan mengikut peredaran semasa.
Semoga TAMRIN akan melajukan amal maaruf dan penghalang kemungkaran di tengah masyarakat yang dilanda pelbagai krisis. Amin