Jika dibandingkan takbir raya orang Melayu dengan orang Arab, takbir kita mendayu-dayu. Takbir orang Arab bersemangat dan tidak mendayu-dayu.
2. Logiknya, orang yang bergembira, melodinya mendayu atau bersemangat?
3. Mungkin orang kita masih sedih pilu meninggalkan Ramadhan! Sedangkan yang jelas kelihatan, orang kita ramai yang tersangat gembira pada eid fitri ini.
4. Memang tidak seiring rasa seronok ini dengan takbir yang menyebakkan, tetapi jarang pula yang menangis ketika bertakbir. Kepada yang berpisah jauh dan tak berpeluang beraya dengan keluarga, mungkin takbir mendayu-dayu ini membuatkan hati semakin sayu.
5.Melodi takbir orang kita ini sukar untuk berubah sampai bila-bila, saya juga 'terpaksa' bertakbir dengan iraman yang sama. Apa pun melodi ini bukan isunya, tetapi penghayatan dan maksud galakan bertakbir.
6. Takbir itu adalah memuji kebesaran Allah, yang telah mengurniakan kejayaan menamatkan bulan Ramadhan.
7. Orang yang lulus peperiksaan atau sesuatu kursus, pasti teruja dan seronok. Apakah kita tergolong dalam orang yang berjaya dalam peperiksaan sepanjang Ramadhan? Hanya kita yang telah memberikan jawapan yang tahu prestasi jawapan yang telah diberikan. Kita boleh agak keputusannya, samada lulus biasa, cemerlang atau gagal!!
8. Apa selepas Ramadhan? InsyaAllah pada artikel akan datang.
.