Raya Puasa ini seperti TIDAK SAH tanpa ucapan mohon maaf, dan lebih tidak sah jika tidak diucap maaf batin!
2. Budaya ini diakui banyak kebaikannya, walaupun ramai yang terlupa bahawa amat digalakkan memohon kemaafan menjelang dan semasa Ramadhan lagi
3. Apabila terlalu kerap diucap, di khuatiri nilai kemaafan itu kurang bermakna atau sekadar kebiasaan. Malah ada yang ucap maaf batin kepada orang yang kali pertama dia bersalaman!!
4. Namun ada mohon kemaafan yang biasa kita terlupa kepada DIRI sendiri. Banyak keperluan badan yang kita tidak penuhi sepanjang Ramadhan. Dan yang lebih utama tidak memenuhi keperluan batin ( roh).
5. Roh kita lebih lapar dari zahir sepanjang Ramadhan.
6. Maaf yang saya maksudkan ialah RASA KESAL terhadap berlalunya Ramadhan, apabila Ramadhan kali ini dan Ramadhan sebelum ini sama sahaja kualitinya!