Pages

Tuesday, September 1, 2009

KPI dan Dua Wajah Ramadhan

1.Saya pernah terbaca tulisan tentang beberapa bekas pelatih PLKN yang cukup seronok semasa program itu di adakan dan merasa amat sedih bila berpisah dengan rakan-rakan sepelatih. Malah ada yang mahu memasuki semula PLKN jika diberi peluang.
2. Manakala ada pula pelatih ini yang tidak sabar-sabar untuk pulang ke rumah kerana tidak selesa sepanjang program itu dijalankan dan menjaja keburukan program PLKN itu.
3. Persepsi, pengalaman hidup dan persediaan adalah faktor penting untuk mengikuti sesuatu program kursus.
4. Bermakna ada yang seronok berkursus, ada yang seronoknya sementara, ada yang tidak seronok langsung dan ada tidak merasakan sebarang perubahan diri.


5. Mereka yang seronok tentulah kerana program yang di jalankan itu menyentuh minda dan emosinya serta dapat menghayati program itu dari mula sehingga akhir. Mungkin kerana dia telah dimaklumkan terlebih awal akan kebaikan kursus itu sebelum memasukinya .

6. Analogi kepada berkursus sepanjang bulan Ramadhan pula ialah sama dengan kursus yang dimaksudkan diatas. Ada yang seronok sepanjang Ramadhan, pada awal sahaja atau tiada apa-apa perasaaan meninggalkan Ramadhan ini.

7. Mereka yang menghayati dan tekun mengikuti program kerohanian pada setiap hari Ramadhan, akan dilimpah rasa seronok dan terasa rohaninya terisi. Tentulah jiwa yang begini akan merasa sedih dan rindu bila makin hampir perginya Ramadhan.

8.Sebaliknya kepada yang menghayatinya separuh jalan, dan di tambah dengan kegembiraan menyambut syawal, pastilah sukar wujud perasaan sedih berlalunya al Mubarak ini.

9.Kepada yang tidak bersungguh dari awal sehingga hari terakhir, walaupun berpuasa, tetapi kursus itu tidak menlahirkan apa-apa perasaan.

10. Inilah antara KPI Ramadhan yang boleh dinilai dan wajah Ramadhan. Dua wajah bermaksud pertama “Gembira dan sedih”, ini golongan sedikit dan malu beriya-iya berseronok sambut syawal, manakala lebih ramai mereka yang wajah kedua -“ gembira dan tiada kesedihan serta terus gembira pada eidil Fitri”