Pages

Monday, August 31, 2009

Sekelip Mata, Kemudian Lambat Berkelip Pula!

Berikut suntingan kata-kata Presiden Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussien;
"Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur ( 30 ogos 2009)
____________________________________________________________
Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menuntut kerajaan supaya tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini."Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan," kata Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein.
Tuntutan itu terkandung dalam Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 hari ini ( 30 ogos), lapor Bernama.Prof Ismail berkata, pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.
artikel penuh:-