Pages

Thursday, January 28, 2010

KOBANNA- Kepada Generasi Muda-Apa Harapan Anda?

salam

1. Pada tahun 1978, ketika itu masih belasan tahun, untuk pertama kalinya saya mendengar nama Imam Hassan AlBanna dn Ikhwan Muslimin ( IM), dan berkenalan dengan perkataan usrah selepas pernah berpengalaman bersama jemaah tabligh dan Al Arqam.

2. Keadaan ini samalah seperti anda sekarangg ini, generasi masa kini yang masih belasan tahun /awal 20an, atau bagi mereka yang ibu-ayahnya seusia saya atau lebih senior lagi yang pernah berusrah, anda sudah lama maklum nama AlBanna ini.

3. Ya. Kami sudah mlahirkan generasi baru yang secara teorinya bakal mewarisi dakwah ini. Dengan kata lain, ada yang menjadi, ada yang tidak menjadi atau yang 'jadi-jadian'

4. Anda generasi muda, tentu sudah arif dengan kualiti duat yang terdapat pada generasi kami yang terdahulu atau generasi ketika kerancakan sekolah pondok di Malaysia ini........ . Saya sudah coretkan beberapa tulisan di dalam blog ini, antaranya bertajuk "Masa Sudah berlalu dan terbuang..( juga ada disiar dlm ismawebnet). Juga akan dicatat dalam buku ( bakal terbit ) : Melayu Belum Mencipta Sejarah Hebat ?

5. Kami sebenarnya telah melalui jalan-jalan MUDAH dan banyak PELUANG dalam dakwah, dan tidak seperti ranjau berduri AsSyahid AlBanna dan IM, tetapi dakwah di sini tidak meriah, serta tidak subur, apa lagi natijahnya.

5. Yang pasti dalam KOBANNA nanti, anda kan di hidangkan dan lebih mengenali manusia yang mendahului zamannnya dan pencetak manusia- itulah AlBanna.

6. Mengapa kami di MALAYSIA INI yang sudah mengenali beliau sejak lebih dari 25 tahun dahulu, masih gagal mengambil beliau dan generasi pertama IM sebagai qudwah dalam berdakwah? Malah sebahagian dari kami mendapat tarbiyah langsung di negara kelahiran IM dan negara Timur Tengah yang lain!

7. Saya yakin emosi dan minda akan sangat teruja dengan kehebatan AlBanna dan sahabat-sahabatnya, tetapi di manakan kunci utama kejayaan beliau? Apa pula kunci kejayaan Sallehudun AlAyubi, Muhammad AlFateh, Harun ArRashid atau Umar AbdAziz? Apakah kekuatan fikh dakwahnya? Tentera? Fikh siasah? HRD? Spiritual, dan lain-lain ?

8. Apakah gabungan semua di atas dengan bertunjangkan kekuatan SPIRITUAL?

9. Jika anda meneliti tulisan, kata-kata serta wasiat dari AlBanna dan generasi pertama IM, seolah-olah bermaksud tanpa kerap solat malam, tanpa doa sehingga 'tegang urat lehir', tanpa puasa sunat, tanpa tilawah dn tadabbur AlQur'an, dan tidak menjaga fizikal badan LEBIH BAIK JANGAN BERDAKWAH atau SATU PEMBOHONGAN, atau ada unsur ' kemunafikan' ? YA! INILAH SILAP KAMI, gagal mengambil qudwah secara syumul khususnya menyuburkan ROH, walaupun hebat berhujah dan bermuzakarah.

10. Moga dengan KOBANNA ini, kita menjadi daie yang BERJIWA BARU!! Dan membantu saya untuk mencari bahan tambahan dlm penulisan NOVEL TARBAWI dan ANALOGI : ALBANNA, Mendahului Zamannya Dan Pencetak Manusia

Tuesday, January 26, 2010

KOBANNA




Semua muslimin dan muslimat dijemput ke


Konvesyen Pemikiran Hasan Al-Bana Dalam Melakar Agenda Bangsa


Tarikh : 30 Januari 2010


Tempat : Dewan Seri Sarjana UNITEN Kampus Putrajaya.


Untuk maklumat : Layari http://www.kobanna.ismaweb.net/

Tuesday, January 19, 2010

Bukan Kempen Henti Merokok Saja yang Gagal!

1. Semalam dan hari ini, di dada akhbar terpampang hasil kajian terhadap kempen 'tak nak merokok' yang dimulakan sejak 4 tahun lalu, di katakan kempen ini gagal sama sekali. Dan ada beberapa testimoni dari perokok tegar di kalangan orang politik terkemuka dan artis terkenal yang seolah-olah 'bangga' setelah sekian lama merokok, serta alasan yang diberikan untuk tidak membuang tabiaat ini. Kempen ini yang sudah menelan jutaan ringgit.


2. Yang ketara ialah orang Melayu semakin bertambah bilangan perokok baru, iaitu bangsa terbesar di Malaysia ini yang lebih membakar duit dan gagal untuk berhenti. Dari remaja sekolah, pengawal keselamatan, buruh, kaum bapa, sehinggalah pegawai atasan, ahli politik, termasuk yang terhormat dalam masyarakat masih kekal merokok dan ianya satu pemandangan biasa dimana-mana sekali pun.


3. Lelaki Melayu yang tidak merokok, boleh dikira dengan jari dan wanita Melayu yang merokok pula semakin tidak terkira jumlahnya.


4. Jika diimbas semula, kempen apakah yang benar-benar berjaya? Jika kempen itu ditujukan kepada orang Melayu, maka hasilnya ternyata sangat mengecewakan. Contohnya kegagalan kempen membaca, yang mana orang Melayu adalah bangsa yang paling kurang membaca. Kempen perangi dadah yang sudah lama Melayu menjuarai penagihannya. Kempen hidup cergas, tetapi Melayu masih jarang kelihatan beriadah. Serta beberapa kempen lain yang terbukti kegagalannya seperti kempen mat rempit dan kempen anti-vandalisma. Dan umum mengetahui bahawa telah lama gagal dalam kempen untuk Melayu yang melibatkan perniagaan dan pertanian- yang berjaya cuma sekelumit sahaja.


5. Orang sudah 'mual' untuk bercakap tentang SIKAP, tetapi itulah kunci segala kegagalan kempen demi kempen ini. Sikap si Melayu dan sikap bukan Melayu memang berbeza dalam banyak hal, walaupun Melayu ini mengambil sikap untuk beriman dengan Allah dan Muhammad SAW sebagai ikutan. Memang menghairankan sikap dalam beragama ini tidak merubah sikap negatif yang sedia, dan menjadi stigma yang ada pada majoriti manusia yang bernama Melayu ini.


6. Benarkah Melayu secara kolektifnya belum mencipta sejarah hebat? Apakah adab beragama dan adap keMelayuan belum cukup untuk merubah paradigma?

Monday, January 4, 2010

Saya ( Kami ) LEBIH BAIK Dari Kamu ??

Allah SWT telah menegaskan bahwa orang-orang yang beriman adalah bersaudara dan persaudaraan itu di asaskan di atas dasar iman sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an :"Orang-orang yang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Maka oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat". (QS Al Hujuraat : 10)


Di dalam kehidupan bersaudara ini, Rasulullah SAW memperdalamkan lagi penjelasan agar seorang mukmin dengan orang mukmin yang lain boleh bekerjasama dan saling memberi dan mengisi.Bahkan baginda mengibaratkan kesatuan orang-orang mukmin secara idealnya menyerupai satu tubuh, sebagaimana sabdanya, "Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih-sayang dan saling mencintai, bagaikan satu tubuh"


Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan terasa . Namun jika kita memperhatikan realiti umat Islam hari ini, idealisma yang digambarkan oleh Al-Qur'an dan Hadist tersebut ternyata jauh panggang dari api bahkan mungkin sukar untuk direalisasikan.
Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, iaitu di antara umat Islam, timbul berbagai perselisihan dan perpecahan. Tentulah perkara ini menjadi sebuah fenomena yang cukup memperihatinkan kerana di satu sisi, umat Islam ketika ini perlu berhadapan dengan berbagai masalah kehidupan, namun di sisi lain, mereka berpecah-belah dan bercera-berai.



Akibat secara langsungnya tentulah menjadikan umat Islam tidak efektif dalam usahanya untuk mengatasi berbagai masalah kehidupan ini dan semakin tidak berdayanya usaha untuk memajukan umat ini. Mengingatkan perintah Allah agar kita bersaudara sesama kita di samping sentiasa memperbaiki tahap persaudaraan itu, maka selayaknya setiap mukmin memperhatikan persoalannya dalam isu persaudaraan ini.Mengapa umat Islam kini berpecah belah, lalu apakah langkah-langkah untuk menghadapi situasi yang cukup kritikal ini.Al-Qur'an ketika menyebutkan bahwa kaum mukminin bersaudara dan memerintahkan untuk memperbaikinya telah pula memberikan resipi untuk usaha ke arah itu.
Dalam surah Al Hujuraat, Allah SWT memaparkan 7 cara bagi kita untuk mengelakkan virus-virus penyakit dari menggigit ukhuwah yang boleh menghancurkan saf ukhuwah yang telah dibina.


1. "Tabayyun". "Tabayyun" bererti mencari kejelasan informasi dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima.


Allah swt berfirman :"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al-Hujuraat : 6)


"Tabayyun" memiliki nilai tersendiri untuk menghindarkan dari segala tindakan di atas dasar prasangka. Prasangka boleh jadi benar dan boleh pula salah. Jika ketepatan sebuah prasangka itu salah, sementara seseorang sudah bertindak, maka tindakan itu tidak mampu untuk dihapuskan selama-lamanya.Untuk itulah, jika ada berita dari seseorang yang fasik, yang keperibadiannya meragukan, maka perlu diperiksa dan dinilai berulang kali agar kelak tidak menyesal dengan keputusan yang diambil.


2. Tidak memperolok-olokkan / perlekeh orang atau kelompok lain.


Firman Allah swt :"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan) ." (QS Al Hujuraat :11)
Ketika ini terdapat banyak kelompok atau organisasi dakwah. Perlu kita sedari bahwa di antara kelompok-kelompok dakwah tersebut terdapat perbezaan samada yang prinsip mahupun yang bukan prinsip.
Perbezaan dalam menentukan sasaran tertinggi termasuk dalam masalah prinsip.Keadaan ini akan menarik kepada suasana persaingan yang kadang-kadang bentuknya tidak sihat. Persaingan ini akan semakin tidak sihat dengan timbulnya elemen-elemen yang mudah untuk melontarkan ungkapan-ungkapan yang bernada cemohan dan cercaan antara mereka.


Dr Yusuf Al Qardhawi menyebutkan dalam salah satu tulisannya bahwa berhimpunnya kelompok-kelompok dakwah dan harakah yang ada di bumi sekarang ini adalah suatu mimpi indah. Maka kesatuan "wala'" (kesetiaan) dan tumbuhnya suasana bekerjasama dalam menghadapi konspirasi para thaghut adalah sesuatu yang tidak boleh ditawar-tawar lagi. Secara realitinya, walaupun keadaan ini belum benar-benar dapat diwujudkan disebabkan ada beberapa perkara yang belum boleh kita lakukan, namun tidak mampukah kita sekadar meninggalkan tradisi memperolokkan- olokkan sesama kita dan perasaan "aku lebih baik daripadanya" seperti yang dinyatakan oleh iblis ketika berdialog dengan Allah SWT !!


3. Tidak mencela orang lain.


Ini ditegaskan oleh Allah swt dengan firman-Nya:"Dan janganlah kamu mencela diri sendiri". Di dalam ayat ini, mencela sesama muslim dianggap sebagai mencela diri sendiri kerana pada hakikatnya kaum muslimin dianggap sebagai satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu adalah berkait dengan masalah status dan ukuran kebendaan.Allah swt sendiri menyuruh Rasulullah saw dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru tuhannya di waktu pagi dan petang hari dengan mengharap keridhaanNya. " (QS Al-Kahfi : 28)


4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim.


Ini berdasarkan firman Allah swt :"Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS Al-Hujuraat : 11)Sebutan yang tidak baik akan menyebabkan orang yang disebut itu terhiris hatinya. Jika hati sudah terhiris, maka persaudaraan pasti akan retak. Oleh kerana itulah penyebutan nama atau pelabelan seseorang dengan nama yang tidak baik akan merosakkan persaudaraan.
Gelaran dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Dalam kenyataan dewasa ini, masih sahaja wujud orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menuduh kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok mereka.Sama juga dalam pengertian ini adalah pemberian gelaran-gelaran yang buruk kepada sesama kaum muslimin seperti penamaan gelaran Wahabi, Khawarij, teroris, fundamentalis dan berbagai sebutan yang bernada negatif adalah termasuk ke dalam makna ayat ini.


5. Menjauhi Prasangka


Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian prasangka itu dosa." (QS Al-Hujuraat :12)Pada dasarnya seorang muslim mesti berbaik sangka terhadap sesama muslim yang lain. Dalam setiap permasalahan dengan sesama muslim, hendaklah menghadapinya dengan sangkaan yang positif dan ketika adanya bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut barulah seseorang itu boleh mengambil sikap. Namun sebaliknya, kepada orang kafir dan musuh Islam, kaum muslimin mesti menaruh rasa curiga apabila mereka bermanis muka dan berbudi.Allah swt sendiri menegaskan :"Sesungguhnya orang-orang kafir menginfakkan harta-harta mereka untuk menghalangi manusia dari jalan Allah." (QS Al-Anfal : 36)Buruk sangka adalah salah satu cara syaitan mencerai-beraikan Bani Adam.


Dalam sebuah hadits dari Ummul Mukminin Shafiyah binti Huyai, dia bercerita :"Rasulullah saw pernah i'tikaf di masjid, lalu aku datang menjenguk beliau pada suatu malam untuk berbincang-bincang dengan beliau. (Setelah selesai) aku pun bangkit untuk kembali dan beliau pun bangkit bersamaku untuk menemani. Ketika itu lewatlah dua orang laki-laki Anshor ra. Tatkala mereka melihat Rasulullah saw, mereka pun mempercepatkan langkahnya. Rasulullah saw pun berseru : "Perlahanlah! Wanita ini adalah Shafiyah!" Dua orang itu pun berkata : "Subhanallah, ya Rasulullah!" Maka Rasulullah saw bersabda : "Sesungguhnya syaitan menjalar pada diri Adam pada aliran darah dan sungguh aku khuatir syaitan akan melemparkan kejahatan pada hati kamu berdua (ketika melihat aku) lalu terucaplah sesuatu." (HR Bukhari)


6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain.


Perbuatan ini amat dicela oleh Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt :" Dan janganlah kamu sekelian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS Al-Hujurat : 12)Demikianlah di dalam Islam, Allah mengajarkan agar umat islam tidak suka mengintai-ngintai saudaranya.
Tersebut sebuah kisah di kalangan sahabat di mana seseorang menemui Abdullah bin Masud dan berkata, "Itu Walid bin Uqbah dan dari janggutnya menitis khamar." Ibnu Masud berkata, "Kita dilarang ber'tajassus' . Jika memang nampak jelas suatu kemaksiatan, barulah kita mengambil sikap."Adalah jelas di kalangan para sahabat, bagi tujuan kepentingan masyarakat Islam, mereka sanggup meninggalkan perbuatan mengintai-ngintai.
Namun yang berlaku dewasa ini, ramai orang yang mengaku Islam dengan berlindung di sebalik penelitian ilmiah lalu mengamati dan menilai orang atau kelompok lain dan akhir kesudahannya adalah semata-mata bertujuan merendah-rendahkan dan mengurangkan keyakinan masyarakat kepada orang atau kelompok tersebut. Semua tindakan tersebut adalah dilarang dan hanya akan merosakkan ukhuwah atau persaudaraan


.7. Menjauhi "ghibah" atau mengumpat.


Allah swt menegaskan :"Dan janganlah kamu sekelian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?…"Definasi "ghibah", sebagaimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah swt adalah :"Ghibah itu kamu menyebut saudaramu tentang apa-apa yang dia tidak suka. Mereka bertanya, Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika yang ada pada saudaraku itu seperti yang aku katakan?, Rasulullah menjawab, Jika padanya seperti yang kamu sebutkan, itulah yang dinamakan "ghibah". Dan jika tidak ada padanya maka bererti kamu telah menuduhnya." (HR Muslim)Dari riwayat hadits di atas, kita boleh membuat kesimpulan bahwa ketika seseorang menceritakan keburukan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang berlaku :


Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar berlaku maka itulah "ghibah".
Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak berlaku bererti ia telah memfitnah orang lain.Begitu besarnya dosa mengumpat, sehingga Allah swt menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.
Meskipun Al-Qur'an sudah menjelaskan betapa besarnya dosa mengumpat, namun kita lihat banyak program televisyen yang berasaskan "gossip" atau mengumpat di samping majalah-majalah picisan kini amat diminati oleh masyarakat. Jika sekadar menggambarkan peribadi seseorang sahaja itupun sudah mendapat teguran keras daripada Rasulullah saw, lalu bagaimana dengan menyebutkan sesuatu yang lebih buruk dari itu?Alangkah hinanya gambaran mereka-mereka yang terlibat dengan aktiviti "ghibah"atau mengumpat ini.


Ya Allah, berilah kekuatan iman kepada kami untuk kami memperkukuhkan ukhuwah di kalangan umat Islam dan menjadikan usaha pengislahan sesama kami sebagai jalan penyelesaian kepada keutuhan ukhuwah. Mudahkanlah kami dalam mencerna dan melaksanakan tujuh cara yang Engkau telah tetapkan dalam Al-Qur'an bagi mengelakkan ukhuwah dari dirobek-robekkan serta menjadikan ukhuwah teras kegemilangan umat Islam.


Tajuk Asal: Ukhwah Yang Gemilang, kiriman WAS-email grp

Hijrah Dalam Masihi

1. Selang dua minggu pada hari Jumaat selepas kedatangan 1 Muharam 1431 , menyusul pula pula 1 Jan 2010 yang lebih hebat di sambut oleh kebanyakan umat Islam!


2. Mereka yang berusia 20 tahun mengikut tahun orang putih ini, bermakna usia anda kini ialah kira-kira 21 tahun mengikut tahun hijrah. Jika umur anda 40 tahun, bermakna usia yang lebih tepat ialah 42 tahun dan mereka yang berusia 60 tahun, maka lebih tua lagi iaitu mencecah 64 tahun.


3. Mahukah kita mengaku sudah berusia 42 tahun atau 53 tahun atau 64 tahun, sedangkan dalam kad pengenalan masih berusia 40, 50 atau 60 tahun? Siapa yang mahu mengaku lebih tua? Padahal tahun Islam ini lebih tepat lagi berbanding tahun masihi yang hanya pada tahun 1528 dahulu di buat kalendar oleh Pop Kristian seperti sekarang ini, ie Jan- Dec.


4.Sedarkah kita, bersamaan pada tahun masihi 678, Khalifah bertaraf cendikiawan iaitu Saidina Umar sudah pun menetapkan tahunj hijrah pertama yang lengkap dengan bulan-bulan Islam seperti sekarang ini ie Muharam- Zulkaedah ! Siapa lebih dahulu maju dalam menentukan tarikh, orang Islam atau orang bukan Islam? Namun berapa ramai dari kita merujuk atau lebih hafal akan turutan bulan hijrah berbanding bulan masihi?


5. Menyentuh tentang azam berazam pada setiap kemunculan tahun baru ini, seorang teman berkata, " Azam saya pada 2010 ini ialah untuk memenuhi azam tahun 2009 yang belum terlaksana lagi, dan azam saya pada tahun depan pula ialah memenuhi azam 2010 yang juga belum terlaksana !. Bunyinya seperti melawak, tetapi inilah hakikat sebenar bila azam sekadar azam atau lebih baik jangan membuat azam!


6. Ramai yang memikirkan azam berazam ini untuk anak-anak muda dan pelajar sahaja, sedangkan untuk orang berumur, tak perlu berazam untuk melakukan sebarang perubahan.


7. Jika umur dan fizikal badan berubah, maka minda dan emosi juga akan ikut berubah.


8. Jika menganggap perubahan fizikal ini satu sistem biologi yang tidak boleh 'di sekat' perubahannya, ianya satu idea yang silap, kerana ramai orang yang sudah mencecah usia 50an keatas, masih cergas beriadah dan umur jantungnya seperti usia 30an-40an. Begitu juga terdapat cara fikir dan kreativiti orang yang sudah pencen lebih hebat dari orang dewasa yang masih berkerja.


9. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada lebih dari 10 orang lelaki dan wanita yang sudah menjangkaui 50an yang merupakan rakan sekelas saya mempelajari bahasa Arab di Dataran Senawang Seremban.


10. Dalam tulisan saya pada tahun lepas, jika bermula ingin merubah diri dengan meningkatkan kualiti hubungan dengan Allah, terutama kualiti ibadah khusus, maka perubahan diri terhadap manusia akan lebih berobjektif.
11. Moga amalan pahala dan dosa tidak seperti DACING di atas, yang sama beratnya!!!!