Pages

Monday, March 1, 2010

Saya pun Melayu Juga!

( Melayu lebih kehadapan dari Arab?)


Bekas Menteri yang meletakkan jawatan, Datuk Zaid Ibrahim ada menulis buku yang bertajuk ‘ Saya pun Melayu juga’. Saya baru berkesempatan membelek-belek dan belum lagi membaca sepenuhnya tulisan oleh Peguam Melayu yang paling besar dan yang paling berjaya dalam perniagaan firma guaman.


Berdasarkan siapa penulis dan tajuk buku ini, sekali imbas membayangkan bahawa anak Melayu seperti beliau boleh berjaya bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Bagi saya kita mesti kenal dahulu siapa dia dan karektor Melayu di kalangan anak-anak kecil, remaja lelaki, remaja wanita, ibubapa, guru-guru, pekerja kerajaan, pekerja swasta, profesional, ahli koperat, ahli agama, peniaga, petani, penternak, sehingga kepada pemimpin persatuan, pemimpin politik, sebelum ingin bertanyakan apakah agenda orang-orang Melayu ini?


Ketika ini rakan Melayu yang menjadi teman rapat saya kebanyakkannya ialah mereka yang cenderung untuk memahami Islam dan amal dakwah. Namun begitu dengan sedikit pengalaman yang ada, saya juga bergaul dengan Melayu di kalangan elit , profesional- khususnya doktor dan jurutera , orang politik kerajaan dan pembangkang, peniaga besar dan peniaga kecil, rumahnya ala Istana dan kenal rumah Melayu yang berlantaikan tanah, ahli sukan taraf Nasional dan ahli sukan kampung juga pemain sukan golf sehingga pemain futsal, petani besar dan petani kecil, professor dan guru tadika, juga termasuk ahli kariah yang rajin berjemaah dan mereka yang tidak kenal surau/masjid.


Di dalam tulisan terdahulu saya ada menyebut bahawa sebelum merdeka dan selepas merdeka hingga kini, sudah terlalu ramai orang bercakap dan menulis akan SEGALA PERKARA tentang Melayu. Melayu masih begini?


Sebelum itu, saya teringat satu kisah sekitar pertengahan 1990an, seorang jurulatih sepaktakraw Negara pernah bercerita kepada saya. “ You tahu doc, kita hantar jurulatih takraw ini ke Jepun cuma 3 bulan saja, tetapi mereka dah boleh buat pelbagai gaya lipatan, malah ada yang mampu melabungkan badan lebih dari 1 meter! ( saya pula masa muda jarang bermain sebagai ‘killer’, tetapi antara tekung yang boleh melakukan gaya sepak Siam, tetapi tak mahir melipat bola- yang pasti pandai melipat net).


Ini antara contoh satu bangsa yang bersungguh-sungguh dalam kerja mereka dan mungkin sebahagian dari anda masih ingat nama pemain bolasepak Jepun yang seangkatan dengan Mokhtar Dahari yang bernama Kamamoto yang dua kali membolosi gawang Malaysia dengan gaya lipat gunting ala takraw. Bila di tanya, beliau berkata dia belajar dari aksi orang Melayu bermain takraw. Ketika itu tahap bolasepak antara Malaysia dan Jepun sama tarafnya, tetapi kini semua orang tahu tahapnya antara bumi dengan langit pertama. Itu cerita sukan, belum lagi perbandingan ekonomi, pendidikan dan teknologi.


Jepun bukanlah satu bangsa yang memang sudah lama berketurunan hebat, dan begitu juga bangsa Korea yang sudah mampu menyaingi mereka. Malah kediktatoran sistem Raja, telah membuatkan rakyat Jepun ini mundur dan tertekan, sehinggalah lahir Maharaja Moiji . Di antara punca kebangkitan dan kemajuan mereka ialah mereka bangsa yang suka kepada cabaran dan bersungguh-sungguh. Mereka mempunyai sejarah hebat yang agak panjang, tetapi Melayu juga ada sejarah hebatnya.


Bangsa Jepun, Cina dan Korea sebenarnya lebih banyak pantang larang dan kepercayaan ‘kuno’ di dalam kehidupan mereka mengikut adat nenek moyang dan agama anutan. Kita mengatakan Melayu mundur di sebabkan oleh terikat dengan adat dan pantang larang yang tidak masuk akal, sedangkan ketiga-tiga bangsa di atas lebih dahsyat lagi kepercayaan karut dan mereka lebih takut kepada hantu, atau tabiaat buang sial terutama di kalangan orang-orang Cina. Cerita hantu Cina lebih teruk lagi dari cerita hantu orang Melayu. Tetapi kefahaman tradisional ini tidak menghalang mereka daripada maju dalam semua hal.


Saya tidak bermaksud agar orang Melayu tidak membuang kepercayaan karut ini, tetapi SIKAP INGIN BERUBAH ini mesti istiqamah oleh sekumpulan besar oleh orang-orang Melayu.

Ketiga-tiga bangsa tadi, Jepun, Korea dan Cina juga bangsa yang suka bersantai, membuang masa seperti berjudi, sejak dahulu lagi, dan saya berani mengatakan karektor negatif mereka lebih teruk lagi dari orang-orang Melayu. Malah muda mudi Jepun lebih parah dan hancur akhlak mereka. Dikatakan adegan porno di internet oleh orang Asia di kuasai oleh orang Jepun.


Dan saya juga tidak menganggap karektor Melayu yang mudah merajuk, yang berhasad dengki dengan kelebihan orang lain, yang sangat bertoleransi sebagai faktor Melayu terkebelakang. Tetapi ianya boleh di positifkan sekiranya karektor bersungguh-sungguh dan sikap konsistent dijadikan teras jati diri mereka.
Saya SANGAT YAKIN MELAYU ISLAM BARU boleh dilahirkan dan akan MERUBAH DUNIA ISLAM walaupun ianya akan mengambil masa. Sebaliknya bukan orang Arab atau bangsa lain, tetapi MELAYU NUSANTARA ini.
Sehingga sekarang orang Melayu nusantara ini sudah banyak kelebihan dari orang Arab dari sudut ekonomi, cara fikir, kesopanan, dan kepolitikan, walaupun masih ‘tercari-cari’ pengurusan terbaik dakwahnya. MAKA AGENDA DAKWAH TERHADAP MELAYU ISLAM INI MESTI DIPERKASAKAN.


Mengajak Melayu berubah, maka orang Melayu YANG MENGAJAK itu mesti berubah dahulu! Jika tidak jadilah sepertimana kegagalan demi kegagalan hampir semua projek-projek dan program-program untuk mengubah nasib orang Melayu sejak PM pertama sehingga PM sekarang di dalam bidang ekonomi, pelajaran, akhlak, cerna minda , bermasyarakat dan beragama.


Bukan sahaja penyeru ini tidak menunjukkan contoh, mereka juga tidak faham, malah program yang dianjurkan itu tidak mempunyai penanda aras akan kejayaannya. Mereka juga TIADA BEZA yang ketara dengan orang Melayu yang ingin di bantunya.


Sehingga sekarang dalam kontek ekonomi, sudah jarang kedengaran jaguh Melayu yang ingin menyebut akan pemilikan 30 % penguasaan Melayu dalam bidang perniagaan, kerana sudah ternyata gagal dan tidak akan tercapai. Penguasaan ini bermaksud oleh individu atau sekumpulan peniaga Melayu, bukan oleh badan berkanun yang di kuasai oleh orang Melayu. Sebaliknya ekonomi orang Melayu semakin menguncup, semakin ramai kemunculan muflis-muflis di kalangan Melayu dan kehilangan perkerjaan yang tinggi di kalangan pekerja Melayu
Walaupun Melayu yang cerdik dalam akademik dan agama semakin ramai, tetapi kuantiti bukan Melayu yang berjaya lebih berganda dan mereka berkualiti. Sehingga ada professor Melayu yang menyebut bahawa ramai professor Melayu yang ‘bodoh’ dan suka bercakap, tetapi tidak menghasilkan kajian atau menulis jurnal, apalagi menulis buku!


Sebenarnya kempen seperti budaya membaca, gaya hidup sihat, benci dadah, berhenti merokok dan kempen lain adalah DITUJUKAN kepada orang-orang Melayu, tetapi kita semua tahu akan keberkesanannya.


Contoh lain, walaupun sudah lama kesedaran untuk memenafaatkan sumber pertanian dan lautan sebagai sumber ekonomi orang Melayu, namun sejak kempen bumi Hijau di zaman Tun Abd Razak, sehingga kini dengan tema ‘pertanian adalah perniagaan’, dimana Melayu yang berjaya dalam dunia pertanian dan perikanan boleh dikira dengan jari atau projek mereka hangat-hangat tahi ayam.


Saya ingin memberi contoh mudah bagaimana ‘simple minded’ nya cara fikir orang Melayu di dalam projek tanam semula getah yang di selia-urus oleh pihak RISDA. Pihak RISDA bukan sahaja membantu keseluruhan projek, malah ada sumbangan kewangan untuk setiap hektar. Banyak berlaku di banyak tempat dimana penanaman semula secara kelompok ini dimana tokeh Cina menawarkan penebangan semula dan menanam semula secara percuma, tetapi dengan syarat mereka di benarkan selama setahun – 2 tahun untuk menanam pokok pisang. Sebenarnya sekira tokeh Cina ini mengambil upah membersihkan kebun getah ini, mungkin kos nya sekitar 3-4 ribu sahaja, sebaliknya dengan penanaman pisang sahaja, mereka boleh memperolehi sekitar 30-40 ribu, dan belum dikira pokok getah yang mereka jual untuk dibuat perabut.


Dan LEBIH malang lagi, dalam kontek ke daulatan syariat Allah di bumi Malaysia ini, juga semakin kurang suara lantang, sebaliknya suara-suara untuk berkompromi dan ‘mengharmonikan’ Islam dalam semua aspek demi menjaga hati-hati ahli gabungan parti politik masing-masing. Pemerintah dari parti Melayu Islam sememangnya sejak memerentah tidak bersungguh dan terpanggil untuk mendaulatkan Islam, walaupun sudah mendakwa banyak organisasi sudah ‘diIslamkan’, dan begitu juga dengan pembangkang yang Islam yang tidak lagi gah bersuara demi menghormati pakatan mereka, malah mereka bertelagah sesama mereka dalam soal Melayu-Islam ini. Apalagi pembangkang yang di wakili oleh berbagai bangsa dan agama.


Secara peribadi, saya berpandangan mengajak Melayu yang lahir selepas tahun 1970an untuk berubah secara TOTAL adalah lebih mudah berbanding yang lahir pada tahun sebelumnya. Tahap pendidikan dan perubahan zaman mereka jauh berbeza dari Melayu yang kini berusia melebih 40 tahun. ( Melayu yang seusia saya ini adalah Melayu yang sudah banyak bantuan dan di beri peluang untuk berubah, tetapi masih di takuk lama; bak kata orang N Sembilan, “ Mengabihkan bogheh ( beras) yoh”, saya pula suka dengan istilah ini- “ Bogheh dah lamo diabihkan”


Alahamdulillah, ISMA adalah NGO Islam yang sangat cenderung dan sedang bergerak untuk memikirkan Melayu Islam di bumi Malaysia ini. Dengan kesukaran memecah kefahaman dan karektor Melayu yang ada pada Melayu dalam parti pembangkang, pada Melayu di dalam parti pemerentah, pada Melayu yang tidak berparti sehinggalah kepada Melayu yang ‘tidak kisah’. Ditambah dengan kekeliruan pejuangan Islam yang ‘malu’ untuk menyebut akan perkataan Melayu, takut dikatakan racist!


Diantara perkara yang mesti di teliti ialah pelbagai rencah ilmu psiko-sosial Melayu, mengkaji organisasi Melayu dan sistem berRaja serta adat, dan mendalami pengalaman panjang pejuang Melayu terdahulu, dan bagi saya FOKUS UTAMA IALAH kepada generasi muda Melayu sekarang. Mungkin 15- 20 tahun akan datang Melayu Islam Baru akan lahir di tengah-tengah Melayu yang masih selesa dengan KeMelayuannya.