Pages

Friday, June 25, 2010

Rejab sudah separuh jalan....

Semalam saya terima sms dari kenalan baik yang ajak untuk lunch bersama, saya membalas sms ,"Hari ini hari khamis dan dalam bulan Rejap lagi, elok sangat berpuasa". Teman saya mengucapkan terima kasih kerana ingatan itu.
Hari ini sudah 12 hari dalam bulan Rejap, iaitu bulan di kalangan sesetengah orang Melayu sebagai 3 serangkai atau bulan 3 beradik. Saya pernah berjumpa beberapa orang lelaki Melayu yang hampir setiap tahun berpuasa sekitar 15 hari pada bulan Rejap dan berpuasa penuh pada bulan Syaaban dan seterusnya Ramadhan.
Bagi saya ini satu kefahaman orang Melayu yang sepatutnya di kekalkan dan di sebar luaskan. Nafsu itu liar dan pelbagai karenah. Maka puasa adalah tali pengikatnya. Binatang ternak yang tidak di ikat pun akan makan pada sebarang tempat sehingga menceroboh kebun orang lain.
Namun ramai orang cuma mengikat nafsunya sepanjang bulan Ramadhan sahaja, dan pada bulan lain tidak di ikat. Dan lebih malang lagi sepanjang bulan Ramadhan itu pula tali yang di ikat secara LONGGAR
Rejap yang lebih di kenali bulan israk-mikraj, maka bersamalah kita menghayati kehebatan solat yang di fardukan di arash Allah swt. Dan kehebatan ini mesti di rasai sehingga solat itu boleh merubah cara kita berfikir dan seterusnya mengubah kehidupan.