Pages

Sunday, February 20, 2011

Motivasi vs "Motibasi"

1. Bertanya atau mengulas suatu isu yang sudah menjadi 'common' atau isu kronik, dan isu itu tidak pernah selesai, maka ianya akan menjadi ' basi' dan 'lali'. Orang yang mendengar atau membaca ulasan tentang isu itu sudah pun tahu akan jawapannya.


2. Sebagai contoh isu perokok tegar, ramai remaja yang merokok, soal penagihan dadah, kes buang bayi, bohsia-bohjan, merempit, perceraian, konflik AJK di surau atau di Masjid, kegemukan, malas membaca dan sebagainya, boleh menjadi basi jika salah cara mengulasnya. Segelintir perokok tegar mengakui dan boleh memberi ulasan tentang bahaya merokok, tetapi dia masih kekal merokok, ini disebabkan nasihat yang diberikan itu mungkin sudah basi dan lali.


3. Kepada motivator dan pendakwah, ketahuilah bahawa perbicangan tentang 'PARENTING', POTENSI DIRI, MATLAMAT HIDUP, MENGURUS STRESS, ISLAM ITU CARA HIDUP adalah juga topik yang SUDAH LAMA DI BINCANGKAN. Ianya BOLEH MENJADI BASI sekiranya cara penghuraian masih menyebut perkara yang sama tanpa kreatif membuat pembaharuan, dan jangan bercakap secara umum.


4. Sesetengah kuliah maghrib atau subuh menjadi BASI kerana pendakwah gagal memberi pembaharuan pada isikandung dan cara penyampaian.


5. Namun begitu, tidak dinafikan pengulangan dengan cara yang sama boleh menyedarkan pendengar, tetapi kesedaran itu terus BASI pada masa yang singkat.


6. Begitu juga kesedaran dari kursus motivasi sehari atau beberapa hari, akan menjadi 'motibasi' dan peserta kembali pada takuk lama.


7. Motivasi tanpa dibekalkan kaedah atau teknik untuk bermotivasi adalah faktor utama yang menyebabkan cepat basi.
8. Maka cuba elakkan bertanya atau menjawab soalan perkara yang SUDAH MENJADI UMUM dengan kaedah yang LAMA dan mengulang-ulang perkara yang sama.
9. Memang betul pengulangan adalah kaedah pendidikan, tetapi cara ulangan yang sama akan menimbulkan kebosanan.
10. Jangan merasa sudah puas hati memotivasikan orang lain, sedangkan bagi mereka ianya sudah menjadi motibasi. Semoga tidak menjadi motivator atau pendakwah atau penasihat yang 'syok sendiri'