Pages

Monday, February 7, 2011

Latihan Selama 3 Bulan

1.Terlebih dahulu untuk makluman, saya agak sibuk pada bulan lepas ( Januari), sehingga tidak sempat menulis di blog ini.

2. Bermula pada penghujung Disember lepas dan sehingga bulan mach ini nanti, waktu subuh bermula sekitar jam 6 pagi.

3. Ini adalah anugerah dari Allah, dan sepatutnya kita mengambil kesempatan untuk BERUPAYA DAN BERUSAHA hadir ke surau/ masjid bersama solat SUBUH berjemaah, berbanding pada sebelum ini di mana waktu subuh lebih awal lagi.

4. Dengan latihan ini, sepatutnya kita semakin untuk istiqamah solat subuh berjemaah.

5. Saya pernah nukilkan di dalam bolg ini dan di dalam buku BioMekanik solat akan KEHEBATAN SUBUH BERJEMAAH.
6. Ada fuqahah yang berpendapat lihatlah individu itu pada solat subuhnya,iaitu adakah dia berjemaah, dan saya ingin menambah iaitu apalagi ciri seorang pendakwah pendakwah atau orang yang bercakap tentang Islam!!! 'Ulamak' Yahudi juga menyindir, selagi solat subuh itu beberapa kerat sahaja, maka Islam akan terus kalah.