Pages

Thursday, July 14, 2011

Ikut Tertib, Jangan Terus Berlari Selepas Merangkak




1. Ada individu atau organisasi sudah merasa sedikit selesa bila mula dikenali dan merasakan sudah ada sedikit kekuatan sana sini.


2. Mencampuri urusan bukan bidang masing-masing akan membawa padah, sehinggakan Nabi memberi amaran kepada yang bukan ahli mengendalikan sesuatu amanah.


3. Parti politik boleh berperanan sebagai NGO, tetapi NGO tidak layak berwajahkan politik.


4. BERWAJAH POLITIK bukan bermakna secara terus terang berpolitik, tetapi pendirian NGO itu secara terus terang menyokong atau membangkang sesebuah parti.


5. Namun ahli NGO secara individu boleh menterjemahkan pendirian masing-masing tetapi tidak pada NGO itu.


6. NGO tidak boleh menghalang ahlinya mahu mesra politik atau tidak salah secara dalaman mahu bermesra politik, tetapi jangan dijelas pada pandangan kasar.



7. Melalui tulisan, kadang-kadang NGO ini memberi gambaran politik yang tidak mengikut tabiee iaitu selepas merangkak, kena berdiri dahulu, jika terus berlari nanti kerap tersungkur.




8. Ukur baju pada badan sendiri. Tunjukkan pandai bukan tunjukan "pandei", serlahkan kematangan bukan kelantangan ( ketika bercakap atau menulis)