Pages

Thursday, November 29, 2012

Objektif menjadi subjektif

Dua hari lepas,melalui  sms saya ada bertanyakan kepada individu yang penting dalam sebuah NGO berkenaan pilihan beliau terhadap pemerentah Malaysia selepas PRU 13 yang dijangkakan pada awal tahun hadapan. Apakah beliau bersetuju kerajaan sekarang terus berkuasa   dan  mahukan PR  kalah? Tentulah saya mahukan jawapan Ya  atau Tidak !

Saya agak  terkejut, tetapi sudah menjangka alan jawapan beliau. Beliau tidak menjawab soalan, tetapi sebaliknya menjawab  harapan beliau dan cita-cita beliau. Jawapan beliau ialah  mahukan  UMNO dan Pas  bersatu untuk memerentah Malaysia!

Sebenarnya jawapan ini adalah subjektif, tidak berobjektif, mungkin sekadar harapan atau angan-angan sahaja yang  memelukan masa yang panjang dan sukar, sedangkan realitinya  PRU cuma 2-3bulan sahaja dari sekarang.  Anda mungkin  tersenyum dengan jawapan seperti ini.

Umpama  nasi dan lauk yang sudah terhidang, dan anda ditanya, apakah nak makan sekarang atau tidak?  Jawapannya tentulah  Ya  atau Tidak.  Bukan  beri jawapan,"  Saya akan masak nasi  dan akan masak lauk lain!!!

Jawapan beliau itu sesuai dijawab selepas PRU 13 nanti dan bukan sekarang. 

Niat menyatukan dua 'puak' Melayu yang besar ini sangat baik, dan  jika anda atau organisasi anda mahu menjadi orang perantara,maka jadilah perantara yang di HORMATI oleh kedua-dua pihak.  Tetapi sebaliknya jika terlalu kerap mencari salah dan kelemahan dua pihak ini, apatah lagi sentiasa buat komentar secara  terbuka,maka  lupakan sahaja niat untuk menjadi perantara.