Pages

Sunday, December 2, 2012

Orang Hebat Pun Ada " low self esteem"

Rasa rendah diri  bukan hanya ada pada orang yang ada kekurangan. Low self esteem ( LSE ) ini bukannya satu  simptom, tetapi ianya adalah sign ( tanda) yang boleh dikesan melalui  percakapan, perbuatan, mimik muka, mengadakan sesuatu majlis keraian dan juga dari penonjolan diri.  Kadang-kadang  sign ini tidak disedari oleh  individu yang LSE ini.

 Penonjolan diri yang ketara dan tidak sepadan dengan ilmu, rupa paras, wang ringgit  atau kuasa adalah tanda asas  seseorang yang LSE, dimana biasanya ada kaitan dengan KURANG PENGALAMAN. Ada orang berusia tetapi masih kurang pengalaman pada sesuatu keadaan.

Dalam kontek yang lain, seseorang yang pakar didalam satu bidang atau orang kaya atau orang berkuasa juga ada  sign ( tanda) seperti orang LSE. Sebagai contoh, seorang pakar Perubatan yang sudah sub-pakar didalam bidangnya membuat pembentanga  dan beliau menggunakan istilah-istilah yang hanya difahami oleh pakar yang sama bidang dengannya dan tidak difahami oleh pakar dalam bidang perubatan yang lain. Istilah-istilah baru ini sengaja dipilih IALAH UNTUK MENUNJUKKAN beliau seorang yang mahir, tetapi ini juga adalah sign seorang yang ada ciri LSE.  Tetapi lebih menonjol LSE  bagi seseorang yang bercakap didalam BUKAN bidangnya, tetapi  berlagak seperti pakar, sedangkan ilmunya hanya dari pembacaannya sahaja!

Juga terdapat para Ustaz yang memilih istilah Arab yang jarang didengar didalam ucapan dan tulisannya, ini juga terdapat unsur rendah diri- tanpa sedar beliau  mahu menaikkan imej dengan istilah ini.

Contoh lain, seorang ahli agama  yang  mempertahankan hujah-hujahnya, sedangkan terdapat perbezaan pendapat dari  ilmuan agama yang lain dimana kedegilan, penonjolan pendapat  dan jumud dengan pendapat beliau itu, juga adalah sign  kepada LSE.   Apa yang jelas LSE pada ahli agama ini akibat kurangnya pengalaman  dan  minda yang tertutup.

Perbezaan pendapat ini boleh terdapat didalam bidang politik, pemerentahan, bangsa, pelajaran dan lain-lain yang dikaitkan dengan Islam.  Lebih  terserlah LSE ini kepada mereka yang pandai berteori dan tidak pada praktikalnya

( Anda yang bijak akan dapat membezakan 'bersangka baik' dengan  sign LSE  ini )