1. Hampir 3 bulan tidak menulis di blog ini, mungkin "jerebu" dengan pelbagai urusan serta kepenatan memulakan semula aktiviti riadhah yang sudah ditinggalkan lebih dari setahun yang lalu, iaitu berjalan 3 km sambil memukul bola dan menarik beg golf.
2. Ahad lepas, turun juga dengan memakai mask. Bila semakin biasa riadhah, rasa tidak selesa pula jika tidak beriadhah. Kebun pula tidak banyak kerja lagi, kerana pokok-pokok sudah makin membesar.
3. Buat pertama kalinya di istiharkan DARURAT JEREBU di Malaysia dan kali terakhir jerebu teruk pada 1997. Setiap tahun, banyak ladang dibakar di Indonesia, cuma kali ini perubahan angin yang menyebabkan jerebu melanda Malaysia dan Singapura.
4. Jerebu ini bermusim, tetapi " jerebu pada minda dan amal " itu tidak bermusim, malah ianya sentiasa berjerebu pada sebahagian orang. Malah ramai yang tidak tahu yang minda dan amalan mereka itu berjerebu.
5. Ada yang mahu membuang jerebu dengan melakukan ibadah umrah, dan bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah dan berzikir, tetapi apabila kembali ke rumah, jerebu datang kembali, solat kembali istiqomah sendirian, Qur'an tidak dibuka. Namun ada juga tidak berasa nikmat beribadah ketika umrah. Mereka yang sudah biasa menjaga kualiti ibadah, umrah akan meningkatkan lagi amal selepas kembali.
6. Fahaman mencari sebesar-besar pahala dengan bermusim ini adalah fahaman yang salah, atau beribadah ketika dipuncak seperti umrah dan haji atau di puncak bulan, iaitu bulan ramadhan nanti, juga satu amalan yang bukan sunnah.
7. Mengapa jerebu minda dan amal ini sukar dibuang? Tentulah jerebu yang sudah melekat pada sekian lamanya sukar dibuang pada waktu singkat dan bermusim.
8. Biarlah beramal di mana-mana sahaja dibumi Alllah ini secara beransur, tetapi istiqamah.