Tidak dinafikan, wanita boleh dijadikan KPI ( penanda aras) bagi sesebuah keluarga atau organisasi atau sebuah masyarakat. Secara umumnya diketahui kualiti remaja sebagai penanda aras utama, namun lebih tepat ialah kualiti remaja perempuan. Penampilan secara fizikal, emosi dan intelektual seorang wanita didalam sesebuah keluarga, secara langsung boleh mencerminkan sesebuah keluarga itu. Dengan kata lain,penampilan seorang nenek, ibu, anak perempuan ataupun cucu perempuan adalah reflek dan memberi impak yang besar kepada masyarakat.
Perbincangan disini bukan mahu menjaga tepi kain, sebaliknya salah satu saranan untuk anjakan paradigm dan bersama muhasabah diri. Pada zaman fitnah dan cabaran besar umat Islam masa kini, adalah satu kejayaan bagi mereka yang mampu memaksimakan amalan syarak, dimana menjaga aurat adalah sebahagian dari amalan syarak bagi menyempurnakan Islam yang holistik ( syumul). Cara berpakaian adalah terjemahan ilmu dan amalan seseorang, selain boleh juga diterjemahkan melalui aspek kebiasaan yang lain seperti apa yang dibaca, ditonton, didengar dan sebagainya. Kaum lelaki adalah ketua kepada wanita iaitu sebagai abang, suami, ayah , datuk atau pemimpin. Siapa dia wanita yang rapat dengan anda, juga boleh membayangkan siapa anda disisi manusia dan disisi Allah.
Namun begitu didalam kes tertentu, dimana ada ibubapa yang lambat mendapat kesedaran untuk memenuhi tuntutan syarak dan kembali berwatakan seorang yang soleh, tetapi anak-isterinya masih dengan gaya 'jahiliyah'.
Mengimbas sejarah lama, wanita Melayu Islam yang berumur 40-60tahun, sejak dibangku sekolah rendah lagi mereka sudah biasa bergaul dengan lelaki seperti sekarang ini, dengan istilah yang biasa disebut mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Mereka sudah bergaul dengan lelaki sejak kecil, kesan langsungnya mengurangkan sifat malu pada lelaki, dan pendedahan pada dunia serba moden , berkerjaya,dan teknologi canggih ini akan menjurus pada cara fikir, cara pakaian yang moden dan ringkas. Sebahagian besar dari mereka sudah pun moden ataupun sudah berada pada zaman moden.
Sejak tahun 1960an lagi, disekolah anak-anak lelaki sudah biasa berseluar pendik, malah anak perempuan memakai skirt, serta kelas bercampur jantina. Pada tahun 1976, baharulah pelajar sekolah menengah dibenarkan berseluar panjang, manakala pada tahun 1980an, terdapat segelintir pelajar perempuan sekolah menengah mula bertudung. Ketika itu kehidupan para remaja lelaki ramai yang berambut panjang, bergaya hippies dan ganja merupakan satu kebiasaan. Sebahagiannya jahil agama, tidak solat malah tidak tahu membaca Al Quran. Siapa remaja ketika itu? Mereka ialah datuk atau ayah atau ayah mertua anda sekarang. Pengalaman dalam pergaulan saya, mereka yang berusia 45 tahun keatas pada ketika ini ramai yang masih buta AlQur'an, cetek ilmu fekah dan tidak sempurna solat 5 waktu.
Begitu juga dengan nenek atau ibu yang ada sekarang, ketika mudanya sudah biasa mendedahkan aurat, memakai skirt ketika sekolah, tidak bertudung walaupun ketika itu sudah berada di tingkatan 5, dan sudah biasa bergaul dengan lelaki.
Dengan kata lain, masalah sosial ini sudah lama POPULAR dan TIDAK lagi PELIK. Gaya remaja yang berpakaian ketat walaupun bertudung pada masa kini, sebenarnya adalah PUTARAN yang sama ketika mana ibu mereka remaja dahulu. Bukan remaja masa kini yang ketat pakaiannya, tetapi terdapat para ibu mereka masih sendat pakaiannya dan kecilnya tudung. " Mak borek, anak gadis rintik".
Tidak boleh dinafikan dengan memiliki ilmu agama yang cetek, apatah lagi mereka juga berpakaian yang hampir sama ketika remaja dulu, maka para ibu-bapa ini tidak mampu untuk memperbetulkan penampilan anak mereka, khususnya anak gadis. Ada yang berfahaman bahawa anak mereka sudah pun bertudung dan bergaya adalah citarasa remaja. Sebenarnya isu MENUTUP AURAT TETAPI MASIH NAMPAK URAT ini, sudah banyak dibincangkan, tetapi seolah menuang air didaun keladi.
Sesiapa yang mengatakan masalah ini jelik dan pelik, sebaliknya mereka akan dituduh pelik, kerana ianya sudah lama popular dan menjadi fenomena biasa!! " Eh, Biasalah...apa yang peliknya!!".
Jika dalam 100 orang remaja wanita, agaknya berapa orang yang bergaya seperti gambar diatas? Saya berpendapat seramai 90-95 orang yang berterampilan sedemikian. Jadi ianya sudah popular dan sangat biasa, gaya begini juga popular di pusat pengajiaan tinggi, apalagi dipusat belibelah.
Walaupun mungkin gaya bertudung kepala satu pemandangan biasa, namun sebaliknya pakaian yang ada dibawah kepala sehingga kaki pula menyalahi dan luar dari syarak.
Sekitar tahun 1990an, kelihatan fahaman Islam semakin kuat, tetapi ianya tidak kekal dan meleset sama sekali, malah pendakwah semakin lesu. Mungkin terdapat peningkatan wanita yang bertudung dan lebih ramai yang berilmu agama dan mendirikan solat, tetapi penampilan pakaian mereka tetap pelik pada pandangan orang yang beragama dan berilmu. Contoh mudah yang biasa ditengok ialah pengantin bertudung tetapi keterlaluan solekannya dan sendat bajunya serta acara bersanding kembali menjadai satu agenda penting, sedangkan acara tidak bersanding sudah pun diterima masyarakat pada1990an dahulu.
Penting sangatkah soal berpakaian ini, sedangkan wanita ini tidak meninggalkan solat, berbudi bahasa, baik dengan ibu-bapa, berpuasa Ramadhan? Inilah soalan yang dikemukakan oleh si jahil murakkab apabila fahaman Islam berjuzuk-juzuk dan terpisah. Penampilan wanita ini sangat bertentangan ketika mana mereka solat ,dan cara pakaina dan solekkan begini adalah satu gambaran kecintaan yang SANGAT TINGGI pada dunia.
Akhirnya hidup ini akan berputar semula, besar kemungkinan penampilan wanita zaman ini akan diulangi semula oleh anak-anak mereka ( mungkin lebih dahsyat lagi), kerana sebenarnya sekarang mereka sedang mengulangi apa yang pernah dibuat oleh ibu mereka dahulu.
Islam kembali DAGANG ( PELIK ) untuk diamalkan, sepertimana orang jahil Quraish merasa pelik dengan Islam yang Nabi SAW bawa.
Ini sebahagian kecelaruan para wanita, bagaimana pula kecelaruan para seorang datuk, ayah, abang atau adik lelaki? Hanya menjadi angan-angan selagi mana gagal mendaulahkan Islam didalam diri individu muslim, bukan semua, jika boleh mencapai seperempat sahaja, Islam boleh mengorak kembali berdaulah.