Pages

Friday, November 30, 2007

Politik Dalam Diri

Diperintah dan memerentah itu adalah politik. Politik yang hanya melibatkan sesama manusia tanpa penglibatan Rabb, Pencipta manusia adalah politik jahiliyah dan politik ini diberikan pelbagai nama samada Sosialis, Kominis, Repablik, Anarki maupun Demokrasi.

Makna politik dalam diri ialah manusia sendiri yang memerentah diri masing-masing. Cara pemerintahan mengikut ilmu, pengalaman dan fahaman. Jika dia memahami Islam itu secara berjuzuk-juzuk, maka itulah sistem pemerentahan dalam dirinya. Sekiranya Islam itu difahami secara holistik, maka kehidupannya akan memilih Islam itu sebagai cara amalan dalam setiap aspek. Dirinya akan diperentah oleh Islam.

Sebaliknya apa yang berlaku, ramai dikalangan individu Islam yang mana diri mereka pula yang memerentah Islam. Islam yang diubah suai supaya mengikut kehendaknya. Islam mengikut kehendak mereka dalam ekonomi, perundangan, kepartian, berpesatuan, berjamaah, dan bermasyarakat lalu didakwa inilah Islam yang sebenarnya.

Jika politik dalam diri sudah menyeleweng dan digabungkan dengan individu lain yang sama fahamannya, maka jadilah satu keluarga, masyarakat , kelompok atau golongan yang keliru dengan Islam.