Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada pembaca blog ini kerana hampir 2 minggu saya tidak menulis. Sebenarnya saya sekeluarga baru sahaja berhijrah ke Springhill ( 15 minit dari Seremban), maka agak sibuk menguruskan pre dan post hijrah.
Saya mengucapkan selamat tinggal kepada kenalan, sahabat, rakan, jiran dan kariah ( masjid taman Anggerik. Johor Bahru)setelah 4 tahun setengah kami sekeluarga bermastautin di sana. InsyaAllah penghijrahan ke N.Sembilan di rumah sendiri ini merupakan hijrah terakhir sebelum meninggalkan dunia ini setelah pernah berhijrah belasan di K.Lumpur, 4 tahun di Kuching,Sarawak.
Hijrah bukan sahaja meramaikan lagi kenalan, kenal budaya tempatan tetapi dengan berhijrah akan berlaku penghijrahan minda dan pengalaman.
Semoga dengan berada di kawasan tengah ini, saya lebih fokus dan lebih mudah mengembangkan modul IBADAH DINAMIK melalui ceramah, kursus, seminar dan terbitan buku dan multimedia yang lain.