Ada di antara kita menunggu dengan debar akan tarikh 26 ogos dan 16 sept nanti, konon akan berlaku perubahan besar dalam politik Malaysia. Bagi mereka yang jelas perjuangan untuk menegakkan syariat Allah di bumi bertuah ini, saya cadangkan usah terkeliru lagi sepertimana terkeluar perkataan, "kita menang!. Bukan rakyat jelata yang keliru, malah pendokong Islam juga hilang punca.
Jika di izinkan Allah akan berlaku perubahan besar pada bulan september ini atau pada waktu terdekat, ianya bukan KEJAYAAN BESAR pada perjuangan Islam. Usah tenggelam dalam 'kemenangan' yang samar dan tidak jelas hala tuju perjuangan. Saya tetap berpegang, Islam tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan rojak, prinsip rojak yang di perjuangkan oleh mereka yang rojak mindanya dan yang rojak organisasinya.
Mungkin boleh diakui kebenaran kata-kata ini iaitu, PR juga bermakna gabungan Perjuangan Rojak, kerana sana sini hasil 'kerojakkan' sudah kelihatan walaupun baru beberapa bulan mentadbir negeri. Dan ada yang mengeluh, dalam PR semakin terpinggir perjuangan Islam apalagi menyebut pembentukan negara bersyariatkan Islam!!