Rejab sudah berlalu, syaaban sudah dipenghujung. Semakin berlalu tawaran istimewa Allah pada dua bulan ini sebelum kedatangan bulan teristimewa pada 1 sept ini.
Beberapa peristiwa yang agak menyentuh hati dan membuat saya berfikir iaitu ada di kalangan pendokong dakwah ini terkejut bila diberitahu untuk iftar ( berbuka puasa) secara jamaie pada hari Khamis dengan berkata, dia terlupa dan tiada yang mengingatkannya. SEDANGKAN HARI ITU ADALAH HARI KHAMIS DAN DALAM BULAN SYAABAN PULA. Ianya memberi reflek, bahawa tidak biasa berpuasa sunat pada bulan-bulan lain dan ini satu perkara yang harus dielak oleh seorang duat.
Sentuhan perasaan ini mungkin ada kaitan dengan dua peristiwa lain, iaitu kebetulan cuti umum pada 1 mei yang lepas ialah hari khamis dan di adakan satu perjumpaan di kalangan para duat ini. Dan apa yang di perhatikan ketika makan tengahari secara sendirian, hampir semua yang hadir itu tidak berpuasa dan perkara yang sama pernah berlaku di Johor Bahru yang juga ada cuti umum pada hari khamis, masing-masing TIDAK MALU-MALU memberitahu yang mereka jarang berpuasa sunat.
Jika khalayak suka melakukan perkara yang PELEK_PELEK, para duat juga melakukan perkara yang PELEK-PELEK bila tidak beramal dengan amalan asas seorang duat