Selepas 10 tahun, Dato' Seri Anuar Ibrahim, pada pagi tadi mengangkat sumpah menjadi ahli Parlimen semula. Seperti generasi BN sendiri merasakan beliau akan menang mudah dan mungkin setiap dari kita akan menunggu dan melihat perubahan arus politik tanahair. Adakah akan berlaku seperti yang beliau canangkan akan berlaku senario pemerentahan kerajaan PR. Namun yang pasti seperti catatan sinis dalam lukisan kartun akhbar sinar iaitu beliau sudah lulus perjuangan di P.Pauh tetapi masih banyak lagi perjuangan peribadi yang lain dan akan muncul lagi isu-isu berbangkit.
Bagi saya, mereka yang suka berbohong atau putar belit atau penderhaka perjuangan, elok di ambil dan di nilai beberapa patah kenyataannya. Dalam sepuluh perkataan, mungkin ada suku atau setengah perkataannya yang betul atau hampir betul atau paling tidak ada asasnya. Mungkin ada benarnya ungkapan segelintir ahli agama yang berkata, DSAI tidaklah sebersih sepertimana pentaksub kepimpinan beliau. Walaupun manusia banyak kelemahan tetapi yang tidak bijak gagal menyembunyikan kelemahannya atau mendedahkan diri kepada ancaman musuh. Dalam membicara soal taksub, bukan sahaja generasi BN yang kelihatan taksub ketika berkempen pilihanraya, tetapi ketaksuban juga sangat jelas dari pihak PR. Akhirnya terkorban nilai iman, kewarakan, dan akhlak yang tercemar. Seolah-olah pejuangan politik menghalalkan cara untuk menukar kepimpinan.
Dalam dakwah, tidak dinafikan politik sangat mempengaruhi momentum dan kelancarannya, tetapi ada para duat yang banyak membazirkan masa membaca dan tadabur isu politik lebih dari membaca dan mentadabur AlQur'an. Ada yang seolah-olah ingin mendahului dan mahir tentang perkembangan politik, dan tarbiah fardi semakin merosot dan tanzim kucar kacir serta tidak kemas.
Bagi saya, Islam belum menang lagi malah biah soleh juga tidak terbentuk walaupun bertukar tampuk pemerentahan. Selagi berkecamuk pemahaman politik dan DITERAJU oleh mereka yang tidak selayaknya, maka bukan sahaja tidak tertegak syariat Islam, tetapi sebaliknya membawa kepada fitnah.
Dalam kontek yang lain, kadang-kadang kita membuang masa BILA MASIH DAN SELESA MENUMPANG 'KAPAL ' ORANG LAIN DALAM BERKERJA