1. Dua minggu lepas saya ada menulis tentang seorang doktor yang merupakan kenalan rapat Isteri saya mendapat rawatan ICU selepas di sahkan dijangkiti H1N1.
2.Pada pagi tadi, kira-kira jam 3.30, Dr .NorFiza bt Hj Isa yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital KPJ Seremban telah kembali kerahmatullah pada bulan Ramadhan yang penuh barkah dan keampunan-Nya. Saya tidak pasti adakah ini kes pertama kematian H1N1 yang melibat seorang doktor perubatan.
3. Allahyarhamah yang di rawat di ICU kira-kira hampir sebulan, dan telah membuka mata beberapa hari yang lepas. Keadaannya kembali tenat, dan di syaki jangkitan sekunder. Allahyarhammah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Paroi, Seremban selepas solat zuhur pada hari ini.
4. Melihat dan menziarah kematian adalah PENASIHAT terbaik. Sukar untuk ingat kepada noktah kehidupan ini bila hati lebih ingat dunia. Rugilah orang yang mengambil dunia sebagai penasihatnya.
5. Khasnya kepada kenalan Allahyarhamah dan kenalan suaminya, dan kepada pembaca sekelian, bersamalah kita sedekahkan Al Fatihah dan berdoa pada bulan yang di kabulkan doa, agar rohnya bersemadi dengan mendapat kenikmatan syurga di alam barzah- Al Fatihah.