Pages

Tuesday, August 18, 2009

H1N1- Lebih Proaktif Dan Bertindak Pantas ( jejas solat tarawih?)

Apabila dalam masa seminggu sahaja, terdapat 2 ribu kes baru H1N1 .Dan kini mencecah lebih 4 ribu kes, ini bermakna diluar sana terdapat berkemungkinan dua kali ganda yang dijangkiti H1N1. Ini termasuk mereka yang tidak mendapatkan rawatan atau kes yang terlepas pandang atau kes yang terpaksa dilepaskan ( pihak hosp kerajaan semakin 'tidak larat' untuk membuat diagnosa H1N1 ). Dari epidemik, kini sudah ke tahap pendamik, bermakna H1N1 sudah masuk ke dalam komuniti. ( buruk sangka kepada semua! )
Darurat H1N1 menjelang bulan oktober atau lebih awal lagi? Mohon dijauhkan oleh Allah akan petaka ini. Hati yang hidup akan melihat bala ini sebagai peringatan, hati yang kelam pula melihatnya sebagai wabak biasa!

Apa yang perlu kita buat:-

1) Pakai penutup muka setiap kali anda ketempat awam dan minta anak-anak memakainya disekolah ( wajib dipakai disekitar kawasan hospital atau klinik kerajaan atau klinik biasa ( GP).

2) Jauhi tempat awam yang tidak terdesak untuk dihadiri. Dan minta ahli kariah yang selsema / demam supaya memakai mask atau tangguhkan dulu berjemaah. Ini TERMASUK solat jemaah TARAWIH yang akan diadakan pada minggu hadapan.

3) Ambil makanan tambahan.
* sangat dikesali apabila ada juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga mask yang semakin tinggi permintaannya, setelah gula pasir diekploitasi!