Pages

Wednesday, August 19, 2009

Minggu Pendaftaran Ramadhan

1) Lagi beberapa hari sahaja umat Islam sedunia akan mendaftar ke Kursus Ramadhan selama sebulan.
2) Ada yang sudah mula mendaftar nama sejak bulan Rejap lepas, ada yang semenjak Syaaban dan sebahagian besar mendaftar pada 1 Ramadhan nanti.
3) Mereka yang lebih awal mendaftar, bermakna mereka lebih awal teruja mengikuti kursus tahunan ini. Mereka tidak perlu mewar-warkan akan rindu dan seronoknya untuk memasuki semula kursus ini sepertimana dakwaan orang yang last minute mendaftar.
4)Walaupun setiap tahun berkursus, tetapi setiap tahun jugalah ramai yang lewat mendaftar.
5) Apakah kursus ini tidak benar-benar berbekas dalam minda dan spiritual? Atau sekadar berkursus mengikut orang lain yang sama berkursus
6) Selamat berkursus, semoga tahun hadapan tidak lagi lewat mendaftar dan kursus kali ini akan beri lebih impak positif dalam banyak urusan!