Pages

Friday, August 28, 2009

Malaysia Ada 2 Menteri KPI !

1. Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Idris Jala telah dilantik sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau ditugaskan menyelia pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan akan melaporkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

2. Malaysia antara negara yang mempunyai menteri khas KPI, bukan seorang tetapi dua orang.

3. Bermakna betapa peri pentingnya akan tahap pencapaian sesuatu agenda. Manusia akan melakukan apa sahaja agar segala urusan dunianya ini berjalan lancar, teratur dan mencapai indek yang diharapkan.

4. Siapa pula menteri untuk menjaga KPI agenda projek akhirat? Menteri Agama?

5. Kita lupakan akan soalan ini dan fikirkan apakah kita SENDIRI mempunyai KPI projek akhirat masing-masing? Apakah ada KPI yang boleh menilai dan melihat pencapaian puasa yang sedang kita jalani sekarang ini?

6. Fikirkan, apakah solat tarawih yang mendapat sambutan ramai ini sebagai KPI bahawa umat ini dekat dengan Allah dan Islam semakin menang ?

7. Atau adakah dengan bernafsunya umat ini terhadap berbuka puasa dengan berpusu-pusu di bazar Ramadhan atau mewah berbuka dan hati semakin terpaut dengan sambutan eid fitri, sebagai KPI yang menunjukkan hilangnya 'roh' Ramadhan umat ini?

8. Apa pula KPI terhadap ibadah-ibadah yang lain dan apa pula KPI berdakwah, atau tidak perlu KPI atau sudah ada KPI tetapi di atas kertas sahaja atau asal buat?