Pages

Monday, August 31, 2009

Kuil Hindu- belajar sesuatu....

1. Sehari dua ini hangat di perkatakan isu Kuil Hindu di Shah Alam iaitu demontrasi yang membawa bersama kepala lembu.
2. Saya tidak berhajat mengulas isu sensitif ini.
3. Apa yang ingin saya kongsi di sini ialah maklumat dari kenalan beragama Hindu yang mengatakan bahawa sekarang ini semangat kembali kepada agama semakin baik di kalangan orang Hindu terutamanya golongan muda.
4. Saya di maklumkan banyak aktiviti sosial dan kemasyarakatan kini di adakan di kuil, berbanding sebelum ini kuil eklusif untuk acara keagamaan sahaja. Dan di Seremban, terdapat beberapa kuil yang di selia oleh kumpulan tertentu pada sesuatu masa. Dan saban hari ada sahaja perjumpaan kemasyarakatan di kuil mereka. Dan di katakan sumbangan untuk kuil ini bukan sedikit nilainya. Sebelum ini ada Menteri berbangsa India ( saya lupa namanya), mengingatkan orang India supaya tidak sewenang-wenang mendirikan kuil dan ini jugalah kemahuan sebahagian besar orang Islam.
5.Yang DiPertua YADIM, Nakhaiea Ahmad memaklumkan pihaknya ada membuat kajian akan jumlah kuil lebih banyak dari Masjid berbanding dengan jumlah penganut Hindu.
6. Saya tidak mendapat maklumat tentang pembiayaan Kerajaan terhadap pembinaan kuil , Tok Kong Buddha atau Gereja, tetapi Masjid dan surau yang berbilang-bilang jumlahnya dan tiap satunya berjuta ringgit telah di biayai oleh Kerajaan. Bangunannya indah dan hebat, sebaliknya hari Jumaat dan bulan puasa sahaja lebih ramai jemaahnya. Apakah kena keluarkan wang poket sendiri, baru Masjid ini meriah? Penduduk di Bandar Springhill ini sudah menunggu lebih dari 5 tahun untuk sebuah masjid di dirikan.
7. Pengimarahan masjid pula sekadar lepas batuk di tangga, dimana program rakan muda Masjid yang diadakan dan dianjur oleh mereka yang jarang-jarang muncul di Masjid. Program rakan tuanya pula seperti yang sedia maklumlah.
8. Setelah kita sensitif dengan rumah ibadah bukan Islam yang berhampiran dengan majoriti penduduk Islam, maka sensitiflah akan ketidak meriahan dan kelenggangan masjid/surau di tempat majoriti orang Islam ini.