Pages

Thursday, November 5, 2009

Promosi Percuma Untuk Dr.Asri ?

satu pandangan peribadi

1. Ada segelintir ilmuan agama veteran, termasuk beberapa mufti yang 'alergik' dengan nama Dr Asri ini, malah jika orang lain mengaitkan beliau dengan fahaman Wahabi, ada ilmuan veteran ini mengaitkan dengan fahaman ' Islam liberal' atau " Muktazilah moden". Ada maklumat mengatakan beliau juga 'lantang' dengan golongan veteran agama ini. Beberapa orang mufti negeri yang melarang beliau memberi ceramah di negeri masing-masing.

2. Sebelum kegemparan penangkapan beliau dengan alasan berceramah tanpa tauliah di Hulu Klang, sebanyak 15 NGO telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agung supaya bekas pensyarah USM ini tidak di lantik menjadi YDP Yadim. Walaupun di katakan pentadbir Jais masih sama dengan zaman Dr Khir Toyo dan mungkin bermotifkan politik, dan cara tangkapan yang 'agresif'', tetapi sebagai satu iktibar kepada Dr Asri bahawa orang ramai juga semakin berani dan lantang berlawanan arus dengan apa yang beliau bawa. Beliau pernah menafikan bukan berfahaman Wahabi dan tidak menentang mazhab Syafie.


3. Seingat saya yang beberapa kali pergi kePerlis sejak awal 80an, saya dapati sudah lama sebahagian penduduknya yang tidak membaca qunut subuh, tidak berzikir dan berdoa selepas solat, tidak membaca Yasin pada malam Jumaat serta majlis tahlil. Malah pada beberapa bulan yang lepas, saya solat subuh di salah satu IPT di Arau, juga tidak membaca qunut. Maka tidak hairanlah Dr.Asri pernah dipilih menjadi mufti di sana ( bekas MB Perlis juga respon pada kes ini)



4. Sedikit maklumat dari kenalan beliau sejak dari Kolej Islam Klang sehingga ke Universiti Jordan, beliau adalah ahli usrah yang 'lain cara fikir dan tindakannya'. Dan pada hemat saya, beliau salah seorang ilmuan agama yang 'freelance', mungkin tidak serasi berjemaah- ie dakwah tanpa jemaah ( bukan di kalangan ilmuan berharaki).


5. Istilah UMAH CENTRIC yang beliau minati telah menjadi ikutan pada segelintir pelajar IPT yang tidak menerima konsep memilih jemaah dalam berdakwah. Jika di hayati ilmu beliau tentang berjemaah dan ilmu dakwah dengan berjemaah- hanya jauhari yang kenal manikam.



6. Ketika zaman remaja dan awal dewasa saya juga 'di ajar' untuk tidak membaca qunut dan berzikir seperti kebanyakan orang Melayu yang lain. Dan semakin meningkat usia dan matang dalam menilai dakwah, rupanya ianya satu kesilapan walaupun tidak mengajak orang lain mengikut sama.


7. Perkara utama dan mesti di utamakan dalam dakwah mestilah jelas. Jika soal furu' fekah yang biasa di sebut oleh Dr Asri dalam kelas pengajiannya,ini mengelirukan masyarakat dan apabila menegah dan menyuruh perkara yang lebih besar, masyarakat akan hilang respek untuk mengikuti saranan itu.


8. Namun begitu dalam banyak hal, banyak tulisan beliau ketika menegur dan mengajak kepada kebaikan yang telus dan terbuka serta dengan dalil-dalil yang kuat. Tetapi ketika ini ahli ilmu agama semakin ramai dan hebat-hebat belaka, termasuk bukan ustaz yang mendalami ilmu agama. Bukan sahaja mereka menolak cara dakwah beliau yang mempertikaikan ibadah kebiasaan orang Melayu , malah menolak nasihat yang baik dari beliau.



9. Memang di akui kurangnya para ilmuan agama yang terbuka dan berani menegur kerajaan dan termasuk menegur pembangkang dalam berpolitik, dalam berhibur, berniaga dan sebagainya sepertimana keberanian Dr. Asri ini, sebaliknya kepada saya, selagi soal akidah tidak terjejas dalam ibadah, maka bukan isu utama untuk di tegur. Dan soal yang lebih penting ialah soal-soal pokok mengambil Islam sebagai cara hidup.


10. Jika menutup pintu dakwah kepada masyarakat dengan mempertikaikan rujukan mereka kepada imam Syafie dan ulamak ahlul sunnah, maka jadilah pendakwah yang tidak 'meresap' dan tidak mesra dalam masyarakat. Tidak salah bermasyarakat dengan membaca bersama surah Yasin, bertahlil, jika tidak setuju, tidak perlu menegur dan apakah berdosa mereka membaca talqin? inilah maksud BERDAKWAH DENGAN BERHIKMAH.


11. Pendapat beliau boleh di ambil iktibar, dan anda yang berjemaah tentu tahu di mana sumber rujukan utama anda!! Saya suka mencari KAREKTOR orang yang berkerampilan dalam sesuatu bidang, agaknya apakah karektor bekas mufti ini? Orang berjaya mesti ada karektor. ( ada beberapa artikel terdahulu saya yang merujuk kepada tulisan yang bernas dari beliau)
12. Yang lebih penting, kepada pendakwah dan badan dakwah ialah usah tutup pintu dakwah dengan isu remeh temeh, mencabar kefahaman orang dan mencari yang tidak betul sahaja!



13.Alangkah baik dan menjadi qudwah kepada ilmuan agama yang berharaki supaya berani ke depan dan berani mempopularkan diri, idea dan pendapatnya di tanya oleh orang lain seMalaysia.