Pages

Thursday, November 12, 2009

Bilo Jang Menghoben....

1. Sukan adalah 'bahasa' perantaran untuk sesebuah daerah, kelab, bangsa, negeri, negara sehingga ke tahap bahasa seantero dunia.


2. Cubo tanyo kepado orang-orang di N.Sembilan sekarang ini, baik orang kampung, orang bandar, yang kojo gomen, kojo swasta, yang miskin, yang sederhano, yang kayo, orang BN, orang PR , bukan Melayu, sehingga bertanyo kepado orang tak minat politik, tetapi minat bolasepak - semuo eh teruja bilo skuad Hoben Jang Hoben menjadi juara Piala Malaysia pada tahun ini.Bilo bab sukan / bolasepak, bahasonye samo. # Hoben bermaksud pukul / gasak - bersungguh-sungguh.

3. Sejak sekolah rendah, saya memang kaki main bola sehinggalah boleh lagi bermain futsal, malah pernah hafal nama-nama pemain ternama dunia ketika zaman remaja dahulu. Dan ketika Piala Malaysia sedang rancak, saya cuma tahu N.Sembilan dah masuk final. Saya cuba tidak lagi mengikuti perkembangan bolasepak dalam dan luar negara atas alasan banyak perkara penting lain yang perlu saya ikuti.


4. Ketika final ini, saya berada di tepi pantai Mersing (perkhemahan fizikal), dan walaupun di hujung penjuru tanah semenanjung ini, ada peserta yang mungkin peminat bolasepak yang memberitahu perkembangan mutakhir- maklumlah dunia komunikasi semakin canggih.


5. Sukan bolasepak mempunyai aura tersendiri dan 'konon' boleh menyatukan perbualan dan tumpuan pelbagai golongan manusia. Dan klimaknya ialah apabila piala dunia.


6. Kita jangan lupa, bolasepak dan sukan lain juga adalah penyumbang kepada acara maksiat dan melekakan. Agaknya pada malam final di Bt Jalil itu berapa ramai orang yang tidak solat maghrib?


7. Lebih teruk lagi maksiat terlolong-lolong menjerit, memaki, aksi terlampau, merusuh dan merosakkan harta benda orang lain. Cuma saya agak tersentuh dengan tulisan di akhbar sinar yang menyebut .." Nik Aziz kena lebih usaha mentarbiah anak-anak muda kelantan supaya lebih beradab, selepas 19 tahun memerintah, apakah berbeza gelagat penonton bolasepak?


8. Apakah layak untuk menggunakan bahasa bolasepak ini oleh mereka yang sentiasa melafazkan ayat-ayat menegakkan syariat Islam? Jika mereka boleh berbual rancak tentang bola, apakah tidak janggal tumpang seronok sama? Jika kita boleh menolak hiburan melekakan, bukankah bolasepak juga adalah hiburan?


9. Saya suka meninggalkan dan tidak mengambil nilai popular di kalangan orang ramai sebagai panduan hidup. Contohnya nilai popular ialah pertandingan bolasepak ini. Malanglah, apabila fikrah Islam berbeza, tetapi minatnya sama....minat team bola yang sama!



10, Nilai sukan yang wajib di ambil ialah kita mesti aktifkan diri dalam beriadhah dan meningkat tahap sihat dan kecergasan pada semua peringkat usia. Bukan seperti kebanyakan orang, minat tenguk sukan, tetapi tidak minat bersukan. Dan tajuk ini sudah pernah saya ulas panjang lebar dalam tulisan terdahulu.


11. Tidak keterlaluan, jika saya mengatakan bahwa orang Melayu biasa dan orang Melayu yang ingin berdakwah ini, tahap sihat-cergasnya TIADA BEZA !!!...ada yang sama boroinya, sama lesunya.....

12. Tiada beza bermaksud di bawah dari kebiasaan. Apabila sekadar biasa, tiada yang luar biasa, sedangkan dakwah ini menuntut yang bukan biasa, kerana sifat manusia jauh dari Allah dan sifat maksiat itu sentiasa luar biasa..