Pages

Tuesday, November 9, 2010

Stres jika dibanding-bandingkan?

1. Ego, maruah diri dan merasai ' kehebatan 'diri adalah sesuatu yang fitrah.


2. Bukan lelaki sahaja terserlah keegoannya, juga pada wanita terutama wanita yang punya banyak kelebihan. Manakala maksud mempunyai 'kehebatan' diri ialah manusia biasanya merasakan "apa yang ada itu adalah dirinya", tanpa perlu dibandingkan dengan kelebihan yang ada pada orang lain.



3. Di kalangan ibu bapa, adik beradik, dan di kalangan pemimpin yang cenderung 'mengkritik' atau memberi komen terhadap anak-anak , atau orang bawahan secara MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN orang lain YANG LEBIH BAIK, dengan niat supaya belajar dari mereka.

4. Ramai orang merasakan maruahnya tercabar dan sukar menerima perbandingan itu. " Itu dia, rezeki dia, dia alim, dia pandai....", begitulah antara jawapan mereka dengan nada marah. Anak-anak akan menyungut bilamana ibubapa membandingkan mereka dengan orang lain dan lebih terhiris jika dibandingkan dengan rakan baiknya yang mungkin lebih baik akhlak atau lebih bijak.


5. Segelintir orang yang boleh menerima perbandingan itu, tetapi sekadar 'tersengeh geram' atau sekadar mendengar sahaja tanpa memberi rangsangan untuk mencontohi pihak yang dibandingkan itu.


6. Bagi sesetengah orang BERANGGAPAN kaedah MEMBANDINGKAN INI akan memotivasikan seseorang untuk berubah, namun kaedah ini biasanya akan menjadi sebaliknya. Bukan sahaja dikalangan individu, begitu juga sesebuah organisasi tidak suka jika dibandingkan dengan organisasi lain yang lebih baik pencapaiannya.


7. Maka apakah kaedah perbandingan yang lebih sesuai? Perbandingan yang sesuai ialah PERBANDINGAN KAEDAH ATAU CARA seseorang atau sesebuah organisasi yang sudah berjaya itu, BUKAN membandingkan pencapaian!!

8. Maka mungkin itulah sebabnya MASALAH ORANG MELAYU ini tidak pernah selesai, bilamana biasa dibandingkan PENCAPAIAN dengan bangsa lain yang lebih berjaya, dan tidak dibandingkan atau ditekankan cara dan kaedah bangsa yang berjaya itu.
9. Jika soal membanding-bandingkan pencapaian ini tidak ditangani secara betul, anak-anak akan ada masalah komunikasi dengan ibubapa, dan akan wujud jurang antara majikan dan pekerja.

10. Manusia akan bermotivasi sekiranya ditegur secara tidak langsung, namun manusia hebat akan sengaja meminta teguran ikhlas dari orang lain