Agenda utama NGO haraki ialah dakwah, berdakwah perlu 'popular'
dan diterima ramai serta DISENANGI oleh target dakwah ( mad'u). Politik
adalah sebahagian kehidupan dan ianya subjektif serta lebih subjektif dalam
kontek masyakat Malaysia.
Dakwah perlu ada produk dan
projek. Sejak 40 tahun dahulu, boleh dikatakan NGO haraki TIADA produk
dan projek dakwah yang beri impak besar kepada masyarakat. Malah tidak
ada kesenambungan dakwah kepada generasi pendakwah seterusnya. Yang
agak popular kepada masyarakat ialah jenama NGO sahaja, tetapi produk dan
projek dakwah tidak dikenali.
Setelah
memulakan sebarang gagasan dakwah atau apa sahaja nama projeknya , yang penting
apakah jenis produk dakwahnya? Produk dakwah boleh difokus kepada bangsa Melayu, tetapi perlu diperincikan apakah nama
produk dakwah untuk remaja Melayu ini?
Apakah produk ini boleh popular dan disambut oleh remaja Melayu dan bagaimana keberkesanannya? Jangan melibatkan pelajar di IPT sahaja, itu pun mungkin 0.01 % dari keseluruhan pelajar IPT.
Apakah produk ini boleh popular dan disambut oleh remaja Melayu dan bagaimana keberkesanannya? Jangan melibatkan pelajar di IPT sahaja, itu pun mungkin 0.01 % dari keseluruhan pelajar IPT.
Saya suka mengatakan, secara kolektif TIADA satu pun NGO Islam terbukti menghasilkan produk dakwah yang hebat kepada orang Islam di M'sia. Dan saya
yakin NGO -NGO ini pernah bertungkus lumus untuk mencipta produk
dakwah, tetapi masih jauh terkebelakang dlm menyedarkan masyarakat.
Seorang bekas pimpinan NGO yang awal bertapak diM'sia pernah berkata, " Kami dulu banyak menganjur
pelbagai seminar kecil dan besar, tetapi yg hadir ialah 90-95% orang kami
juga! Dan memang betul ketika itu nama NGO kami terkenal".
Keadaan ini juga berlaku pd semua NGO Islam lain didlm program-program mereka. Jika kehadiran 'org luar' masih sekitar 10%, bermakna mesej dakwah itu adalah gagal.
JIKA TIADA produk mantap dlm dakwah dan nama 'tidak bersih' maka semakin sukar berdakwah. Lihat pada JIM yg makin dilupakan oleh ahlinya sendiri, namanya terpalit 'buruk' akibat aktif politik. Sehingga dikaitkan dengan NGO politik!. Mungkin sebab itu ikram mengambil jalan 'berdiam diri ' dulu dlm isu politik terkini.Begitu juga dgn Haluan dan Abim
Ramai
org suka bercakap soal politik dan memberi seribu satu pandagn , tetapi
politik bukan keutamaan pada mana-mana NGO Islam. Ada ahli-ahli NGO yg
'bertepek' pada parti lain utk berpolitik dan ramai yang 'tersasar'. Dan
ada yang tidak sertai mana-mana politik, tetapi sangt berminat MENGKANCAHKAN"
diri berpolitik....
Kesan negatif yg boleh
timbul akibat salah urus soal politik ini ialah kepada penerimaan orang
ramai terhadap dakwah NGO tersebut. Saya agak terkejut apabila,
beberapa org awam yg tidak berparti bertanya, " mengapa ada NGO Islam secara
terang menentang PR dan dalam masa yang sama kurang 'melibas' UMNO?
Akhirnya reputasi NGO dakwah akan terjejas, dan boleh menjejaskan program dakwah mereka.
.
Politik ini adalah isu semasa dan subjektif, dakwah itu sesuatu yang berobjektif dan berpanjangan.
Tidak salah menyiapkan 'cop' utk berijtihad dalam politik......, tetapi perlukah dan
sesuaikah dicop pada masa sekarang? Atau simpan dahulu cop
itu.......
Apapun cop itu sudahpun dicop dan ramai yangg sudah tahu...., sukar untuk membetulkan semula apa yang sudah dicop.
Apapun cop itu sudahpun dicop dan ramai yangg sudah tahu...., sukar untuk membetulkan semula apa yang sudah dicop.