Ada empat golongan utama yang biasa memberi nasihat iaitu para ustaz/zah, kaunselor ,motivator dan mereka yang merasakan dirinya agak hebat.
Orang yang dinasihati bersedia dan suka terima nasihat jika secara terus terang minta dinasihati, tetapi sebaliknya bermacam reaksi oleh mereka yang dinasihati oleh penasihat yang tidak diundang.
Nasihat yang paling sensitif untuk diterima ialah tentang perilaku seseorang dan tentang agama.
Pemberi nasihat yang tidak cermat biasanya gagal memahami EMOSI orang yang dinasihati, kita harus waspada bahawa dengan kata-kata sahaja, kesan negatif lebih dahsyat dari kena pukul.
Orang berilmu agama juga ada egonya, didalam dunia internet dan media massa sekarang ini, kita biasa membaca perbalahan antara ilmuan ini.
Ada juga ketikanya ego itu diserlahkan dalam bentuk KERAP memberi terguran dan nasihat pada individu atau puak yang sama. Ego ini disembunyikan dengan kata-kata demi ukhwah dan ikhlas memberi pandangan.
Berpada-padalah dengan mengikuti sunnah Nabi SAW yang berkala membei nasihat. Jangan ada saja sesuatu isu, tidak sabar-sabar pula untuk memberi nasihat.